1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Tuesday, March 6, 2007

Bila Hati di cincang













BILA HATI TELAH DILUKAI

Menangis itu melegakan tapi sampai bila mahu meratap pilu? Memang perit jiwa dan perasaan apabila hati kita dilukai.apatah lagi jika itu diciptakan oleh seorang yang bernama kekasih, atau seseorang yang amat istimewa yang bertaktha dalam hati kita setelah sekian lamanya. Pasti airmata yang jadi peneman untuk melepaskan perasaan yang gundah gulana ketika itu. Meratap, sedih, geram, benci, dendam dan pelbagai lagi perasaan yang bersatu dalam jiwa takkala hati dilukai. 

Mungkin seperti orang gila aku waktu itu.bukan salah kita ounya perasaan macam tu..memang sepatutnya perasaan itu menguasai diri apabila kita terluka. Marahlah aku jika itu yang kau mahu. Bencilah dia andainya itu mampu memberi kepuasan dan berdendamlah jika itu saja cara untuk mendamaikan hati sendiri…tapi aku tak mampu untuk lakukan semua itu..walaupun teman2 sekeliling sentiasa bersama aku, tapi aku tetap ingin mengikut kata hati untuk terus bersedih(bodohnya aku)hingga sampai ke satu peringkat, hendak mendengar namanya pun aku tidak sanggup.

bukan kerana benci tapi kerinduan yang membara dalam jiwa ku..rindu untuk gelak, tawa, dan tangis bersama.derita yang ditinggalkan amat pahit untuk ku telan.aku tak tahu kenapa cinta dia terlalu menikam di jiwaku..walhal dia bukan insane pertama yang hadir..tapi kerana aku menunggu jawapan 9 tahun untuk mendakap cintanya…9 tahun bukan jangka masa yang pendek, terlalu lama menunggu cinta yang belum pasti milik ku..akhirnya aku di tinggalkan sepantas kilat..bagaikan dentuman yang jatuh di bahuku..

Mujurlah, akhirnya aku bagaikan baru tersedar dari mimpi yang panjang. Akal aku sudah kembali berfikir secara positif. Walaupun dia tidak memilh aku sebagai ratu hidupnya, aku tidak akan kecil hati. Aku putuskan bahawa mungkin apa yang dia cari dalam diri seorang wanita tidak ada dalam diri aku. Aku doakan pencarianya menemui kebahagian yang abadi. Jauh di sudut hati, aku tidak mahu menyimpan perasaan dendam pada dirnya kerana dia adalah insane yang pernah aku sayang dan cinta sepenuh hatiku. Memang kemesraan dan kasih sayang antara aku dengan dia pernah wujud, Cuma jodoh yang enggan hadir dalam hubungan kami. Aku akur sebagai manusia dan dia juga punya hak untuk memilih dan menentukan kebahagian untuk dirinya sendiri.

Kini aku sudah boleh menerima kehendak takdir. Hikmat perpisahan pasti akan aku ketahui jua satu hari nanti. Tetapi ingin saja aku mencuri rahsia yang ALLAH sembunyikan itu. Apa yang perlu aku lakukan adalah memaafkan dan melupakan segalanya. Memang payah untuk melakukan kerana sengsara itu terletak dibahuku seorang. Tetapi selagi ada semangat untuk meneruskan kehidupan, jalan pasti ada untuk aku menghadapinya walaupun rintangan sebesar gunung. Walaupun luka masih ada, tetapi parutnya telah kering dan akan aku pastikan ia tidak menjadi kudis. Sebuah terowong tidak selamanya gelap kerana akan ada cahaya di penghujung jalannya nanti. 

Betul kan?? Yang lebih penting sekrang, aku harus redha dengan apa yang terjadi. Kadang2 bukan semua yang kita sayang akan kekal menjadi milik kita. " if you love him, let him go " biarkan dia pergi jika kita menyayanginya. Aku berundur bukan bermakna aku kalah dalam permainan perasaan ini, Cuma aku pergi dari hidupnya kerana aku sudah berhenti mengharap apa2 darinya. Dan yang paling utama, dia mungkin sudah ada insane lain yang lebih dia cinta daripada aku. Aku teruskan saja kehidupan aku yang tertangguh dulu…satu hari nanti pasti akan ada suara hati dari seseorang yang akan menghargai pengorbanan dan ketulusan cinta ku………

1 comment:

  1. maafkan abang sayang atas yang terjadi...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya