1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Wednesday, March 7, 2007

minat atau bakat?









MINAT DAN BAKAT PELAKON

Persoalan minat dan bakat pelakon sangat penting dan sensitive. Tetapi secara terus terang aku katakan bahawa dunia teater kita mempunyai penghafal dialog daripada pelakon. Kita perlu membezakan bahawa kegiatan memuntahkan dialog di atas pentas bukanlah bererti suatu aksi teater. Ini memang ada kaitannya dengan bakat, pendidikan dan latihan, selain daripada minat. Minat yang tinggi tanpa bakat bakat barangkali dapat memberikan kepuasan diri jika diberi peluang berlakon. Tetapi hasilnya mungkin akan merosakkan dunia teater pula. 

Namun begitu kita tidak seharusnya tidak menggalakkan orang yang berminat ini dari meneruskan minatnya asalkan sahaja mereka disedarkan bahawa mereka perlu mempelajari seni lakonan dengan lebih serius. Tetapi ini sebenarnya berkaitan dengan soal kemudahan yang ada di sekitar kita. Sekarang ini Malaysia sudah ada sebuah akademi yang boleh dijadikan pusat mengasah bakat-bakat bagi orang yang berminat, seperti di ASWARA atau yang dulunya ASK, selain daripada itu PUSAT KEBUDAYAAN UNIVERSITY MALAYA adalah tempat bagi mereka yang ingin mendalami seni teater dengan lebih serius.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya