1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Tuesday, March 6, 2007

profile aku as a director dari M ke M


















memilih untuk dinilai sebagai pengarah amat mencabar kemampuan aku, dan juga kesabaran, tapi harinya hampir tiba, doaku..show ini akan berjalan dengan lancar...


Donna..kenapa kau terlalu sukar untuk menerima hakikat sebuah kehidupan. Pahit itu adalah sesuatu yang perlu kau terima..donna lahir dari karya lenny erwan.watak dicipta amat cantik jika digarap dengan teliti.aku harap aku mampu untuk menterjemahkan donna ke pentas teater.donna dicipta atas dasar untuk mengukur kualiti seorang manusia dalam mencari hala tuju dalam kehidupan. Jiwa donna terlalu kusut dan celaru dengan impian yang terlalu tinggi hingga terlupa dari mana asalnya..itulah reality kehidupan sekarang..sekeras daya akan aku cipta donna agar meninggalkan kesan yang mendalam pada sesiapa yang menonton. Memang bukan satu kerja yang mudah untuk aku ciptakan donna tapi dengan imaginasi dan pengalaman yang sering datang dalam hidup mendekatkan jiwaku dengan donna.

imaginasi ku di luahkan untuk donna agar penonton dapat menyelami jiwa perempuan seperti donna…donna wujud dalam setiap diri perempuan yang sentiasa dahagakan kasih, sayang, perhatian dan kemewahan hidup. Cabaran untuk mencipta donna ke dalam dunia pentas menjadikan aku seorang pemikir. Sakit kepala dibuatnya, tapi itu bukan satu masalah untuk aku, yang menjadi masalah yang besar apabila aku gagal menterjemahkan donna dalam ciptaan aku sendiri..karya lenny erwan sarat dengan isu semasa dan kehidupan hari ini, penuh subtack yang menimbulkan konflik antara dua jiwa…kepuasan seorang pengarah apabila ruang yang dicipta mampu menwujudkan situasi yang boleh memberi jiwa dan perasaan kepada yang menonton.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya