1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Tuesday, March 6, 2007

saksikan bersama























SELAMI JIWA DONNA

Donna lahir dari keluarga yang daif. Zaman persekolahan donna penuh sengsara, seorang cikgu yang sepatutnya memberi didikan yang sempurna untuk donna tetapi nama donna sering di sebut kerana kemiskinan hidupnya. Itulah manusia, wang ringgit dijadikan alasan untuk menghina. Dengan penghinaan itulah jiwa donna memberontak menjadikan donna lebih berani untuk menghancurkan hidup seorang cikgu yang memalukan dia di hadapan teman-teman sebaya tanpa memikirkan perasaan seorang anak gadis yang punya cita-cita yang tinggi dalam hidupnya. Kerana kemiskinan donna tidak mampu untuk meneruskan cita-citanya. Berkorban demi adiknya dan merantau ke kota metropolitan yang bagi donna akan menjamin kebahagian untuk keluarganya.

Namun jiwa donna tegar dengan keindahan kota, donna hanyut dengan janji manis lelaki-lelaki kaya yang menjadikan donna lemah apabila di taburkan dengan wang ringgit. Donna berkerja, tapi apalah sangat dengan gaji yang kecil di kota yang besar, tanpa pendidikan yang tinggi itu sahaja yang mampu donna lakukan. Dari satu tempat ke satu tempat donna mencari rezeki untuk membela nasib keluarga. Jiwanya kuat walaupun pelbagai tanggapan dari manusia yang seringkali memandang hina dengan kehidupan donna. Bukan itu keinginan donna tetapi kehidupan menuntut dia menjadi seorang yang berhati kering. Donna benci dengan lelaki yang menjanjikan cinta tapi untuk melepaskan kesunyian, donna tegar dan akur. 

Kehidupan lampau menjadikan donna seorang perempuan yang sombong walaupun itu bukan kehendaknya….inilah reality kehidupan. Saksikan donna…selamilah jiwanya…..jawapan di tangan anda…nilai lah donna dengan cara anda yang tersendiri….

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya