1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Tuesday, March 6, 2007

selamat hari kasih sayang

Hari kasih sayang

Cinta itu terlalu subjektif untuk di ungkai satu persatu. Bukan membuka pekung di dada atau menghebahkan cerita yang belum tentu untuk menarik perhatian. Aku Cuma ingin berkongsi, tiada niat untuk meminta simpati dari sesiapa pun. Jangan salah tanggapan pada tulisan aku. Ingin aku rakamkan setiap detik yang aku lalui sepanjang aku berpijak di bumi nyata tapi aku tidak mampu karangkan ayat yang indah untuk tatapan semua,hanya sekadar artikel mampu ku coretkan. CINTA, terlalu besar maksudnya, cinta tak semestinya untuk lelaki dan perempuan, tapi cinta itu juga untuk Pencipta makhluk, itu adalah yang paling utama. Tapi kadang-kadang aku terlupa tentang kenikmatan yang DIA berikan..alhamdulilah..hingga hari ini aku masih waras dalam melaksanakan kehidupan, dan adakalanya aku tergelincir dek kerana mengejar keghairan dunia yang penuh warna warni.Keluarga, teman-teman, dan masyarakat yang ada di sekeliling itu juga sebahagian dari cinta. 

Cinta itu terlalu indah apabila kita faham erti dan kehendaknya. Cinta pada kerjaya itu juga indah. Teman2..ingin aku kongsi dengan kalian tentang rasa cinta ku. Bukan sahaja untuk insane yang bernama lelaki tetapi cinta pada apa yang aku sebutkan di atas. Aku punya keluarga yang cukup harmoni dan hidup aku penuh dengan kasih sayang. Untungkan aku dilahirkan dalam sebuah keluarga yang penuh dengan cinta tetapi kadang-kadang aku terlupa tentang cinta itu. Aku tak pernah nak menghargai cinta itu hinggalah satu hari..bila genap umurku 26 tahun, cintaku menghadiahkan aku sebuah kereta. Terkedu,terharu, menitis airmata menerima pemberian yang terlalu istimewa untuk aku. 

Begitu tulus cintanya padaku, cintaku terlalu banyak berkorban dan menurut segala kehendak ku, tapi aku sering alpa dengan kesibukkan yang aku sendiri cipta. Cintaku tak pernah meminta untuk aku balas dengan duit yang berjuta, Cuma satu yang dia pinta, agar aku berjaya dalam hidupku…tulus benar hatimu, besar benar jasamu dalam memberikan aku kesenangan, walaupun kakak dan abang sentiasa mencemburui kasih sayangmu yang tidak berhenti untuk aku. Pernah aku ingkar kata-katamu kerana menurut hati yang muda tapi akhirnya padamu ku kembali, kau tidak pernah sekali memarahiku walaupun kesilapan yang aku lakukan amat menghiris hatimu..tapi kerana cintamu yang terlalu suci untuk aku.

 Maafkan aku kerana banyak melukakan hatimu. Tiada siapa yang dapat menganti cintamu…ayah….mak…terima kasih kerana cintamu tidak pernah hilang untuk ku walaupun sebesar zarah sekalipun..SELAMAT HARI KASIH SAYANG. Itu juga cinta bukan!! Tanpa mereka siapa lah kita di bumi yang indah ini. Hanya doa yang mampu aku balas semoga cinta ku terbela dunia dan akhirat.

Cinta untuk teman-teman..ku imbaskan kembali kenangan cinta di zaman persekolahan. Aku punya 12 orang teman. Kami namakan persahabatan kami dengan gelaran KSS yang bermaksud " kawan setia sejati ". hidup kami amat happening…dari form 1 hinggalah form 5, indahnya cinta kami ketika itu. Setiap kali menjelang birthday..ucapan, party, hadiah tak pernah kami lupakan. 

Setiap perkara kami tanggung bersama, walaupun susah dan senang.. 'jangan ada benci' nyanyian casey, itulah trademark group kami. Hinggalah satu saat kami perlu redha dan terima hakikat bahawa tak selamanya kami bersama, sebaik sahaja tamat SPM kami membawa haluan masing-masing, pada awalnya perpisahan amat menyakitkan, kami terlalu rindu saat indah, gelak tawa dan kenakalan kami yang sentiasa menjadi buah mulut cikgu2 di sekolah tapi kami mampu buktikan yang kami berjaya menjadi manusia yang berintelek. 

Teman2..ingin aku ulangi saat indah2 kita dulu..tapi kini..kalian sudah punya kehidupan masing-masing…kenapa..perlu berakhir janji yang pernah kita ikrarkan satu tika dulu. Itulah cinta yang aku rindu. Andainya masa dan zaman boleh aku putar, aku ingin kembali mengulangi saat-saat manis waktu bersama kalian. Tapi walaubagaimana pun, aku bahagia kerana kalian juga berjaya dalam akademik dan sudah punya keluarga yang bahagia. Kalian jangan terkejut atau terkedu apabila kita berjumpa di majlis re-union nanti. 

Ini jalan yang aku pilih, aku berjaya dengan apa yang aku cita-citakan selama ini. Kehidupan di kota yang besar menjadikan aku matang dalam kehidupanku. Usahlah kalian Tanya kenapa dan mengapa, sikap ku lebih terbuka, bukan tersalah pilih jalan tapi keperitan mengharungi dunia yang sarat dengan dugaan, menjadikan aku seorang yang berfikir, tapi aku masih waras untuk menilai dan menjaga batas-batas itu, walaupun aku pernah tersasar, maafkan aku wahai teman. Ingin aku kongsi dengan kalian semua tapi apakan dayaku, kalian tak akan faham kenapa dan mengapa. Doakan aku agar sentiasa kuat menghadapi segala tembok atau taufan dunia yang melanda. Jauh di sudut hati aku amat merindui untuk mendakap kembali memory indah kita dulu. Kalian…Doa aku sentiasa mengiringi perjalanan hidup kalian. Tentang aku..usahlah kalian risau..pasti ada saat-saat itu untuk aku. SELAMAT HARI KASIH SAYANG TEMAN2 "KSS".

Erti cinta yang membuatkan lelaki dan wanita di buai kenangan indah..sama seperti aku,ingin di cintai dan mencintai. Untuk pertama kalinya aku merasainya cinta yang membuatkan hidup aku bahagia…tak perlulah aku kenalkan dia..biarlah aku gelarkan dia dengan 'lover'..aku tak mahu melukakan hati sesiapa. Percintaan kami terlalu indah..di restui keluarga dan juga teman2. lover terlalu menghargai aku hinggakan aku tersentuh dengan sikapnya yang melayan aku seperti ratu dalam hidupnya. Seringkali aku rasa, aku tak layak berdampingan dengannya, dia punya rupa paras yang menjadi kegilaan ramai, nak di bandingkan dengan aku, entahlah..pernah jua aku tanyakan soalan itu, tapi jawapan yang sering dia ungkapkan untuk aku ' rupa paras bukan jaminan untuk kita bercinta' hingga kini kata-kata itu masih kukuh di sanubariku…cinta kami terlalu indah..bukan dia yang memikat aku tapi aku memulakan segalanya. 


Pandangan pertama aku tika melihatnya, jiwaku resah, aku gelisah..dan dengan keberanian, aku memulakan langkah pertama..setiap hari aku menghubunginya, tidak pernah jemu walau sesaat sekalipun. Pada mereka yang tak memahami, kelihatan aku seperti terhegeh-hegeh, tapi aku biarkan sahaja pandangan mereka. Hampir 3 bulan, aku cuba memikatnya dengan pelbagai cara. Akhirnya pada satu malam, dia menghubungi aku untuk mengajak aku ke satu party anjuran teman2nya, tuhan saja yang tahu, betapa bahagianya aku malam itu. Kejutan yang aku terima..membuatkan aku menitis airmata di hadapan teman2nya. Dia mengumumkan aku adalah cinta hatinya di hadapan teman2nya…oh tuhan..akhirnya kau makbulkan doa ku…kami layari dunia cinta kami dengan restui dari keluarga. Lover seorang yang prihatin..dia sentiasa mengalah tiap kali ada perselisihan faham walaupun salahnya pada aku, sepanjang hubungan ini, tidak pernah walau sekalipun, dia meninggikan suara pada aku. Teguran dia penuh dengan kelembutan..bertuahnya aku menjadi teman hidupmu. Kau manjakan aku dengan penuh kasih sayang. Bertahun..mencipta cinta yang terindah, kasihku dan cinta di ragut oleh manusia yang tak berhati. Dia merampas kebahagian kami yang hampir ke jalan yang di impikan….kenapa kejamnya kau wahai perempuan? Tiada lagi sifat sopan dalam diri kau, perempuan itu memerangkap kekasihku hingga kami terpaksa berpisah. 

Peritnya jiwaku tatkala cinta hampir ke ambang bahagia. Bagaikan gempa bumi yang menimpa hatiku apabila dia datang ke kampung, sewaktu aku pulang untuk menenangkan diri. Kau datang dengan sekeping kad yang sepatutnya tertera nama kita berdua, hanya sendu yang menjawab segalanya. Tak sanggup aku untuk melihat kau pergi bersama insane lain. Kenapa kau perlu jadi pak sanggup untuk orang yang mengkhianati kau..kenapa? airmata mengiringi perpisahan kita, aku terpaksa merelakan kau pergi. Masih aku ingat lagi 5 november 2003, tarikh pernikahanmu, sebelum kau melafazkan ijab, sempat lagi kau menghubungi aku, meminta ribuan kemaafan…ya allah…lukanya hati aku saat itu..ku tabahkan semangat untuk meneruskan kehidupan ini. Dalam waktu aku terluka..hanya doa yang menjadi teman setia. Aku bina hidup baru tanpamu di sisi ku. Tuhan masih sayangkan aku. 3 bulan kau melayari hidup barumu, kau kembali menghubungi aku. Aku tak berdaya untuk menolak kehadiranmu waktu itu..aku menjadi pendengar setia..kau bercerita tentang kekecewaan kau. Perempuan..kenapa kau mengabaikan kekasihku? Sedangkan kau yang merampasnya dariku…kata kau..kau terlalu cintakan dia tapi kenapa kau menyakitkan hatinya. Aku tak mahu di gelar perosak rumahtangga orang, aku berundur untuk kali kedua dari hidupmu demi orang tuamu. 

Aku akur dan pergi jauh dari hidupmu..panggilanmu sudah tidak aku layan..walaupun hati aku meronta merinduimu…sabarlah dalam menempuh alam perkahwinan dan jagalah isteri kau dan didiklah dia seperti mana kau pernah menjaga dan mendidik aku menjadi insane yang bermaruah..itulah ucapan terakhirku untuk lover…setelah dua tahun kita putus hubungan kau muncul kembali dalam hidupku..tatkala aku punya teman..kau datang dengan berita yang mengejutkan..hubungan kalian kini berakhir..dia meminta untuk di lepaskan, bodohnya perempuan itu menolak lelaki sebaikmu…lover…aku turut simpati dengan nasib yang menimpa kau…tapi apa dayaku…perempuan itu tinggalkan kekasihku tanpa menoleh walaupun anak kecilmu memanggilnya mama, perempuan jenis apakah itu, kita berjumpa setelah dua tahun tidak bersua muka, comelnya iqbal..anakmu..kau bercerita tentang kepedihan dan keperitan hidup. 

Kau punya segalanya tapi sayang jiwamu kau tak ada cinta…maafkan aku..aku sudah punya teman..yang hatinya perlu kujaga….bukan tiada lagi cinta dalam hatiku tapi…aku masih terimbas kad biru yang membuatkan jiwa ku sakit. Aku tahu..aku tidak punya cinta untuk teman yang baru tapi aku sunyi dan kadangkala dendam menguasai diri, tapi aku cuba untuk mengelak dendam itu dalam hatiku. Kau berlalu meninggalkan malaysia dengan seribu kekesalan dan lantas kau membawa jauh diri kau ke luar Negara. 

Mungkin itu yang terbaik untuk kita. Aku meneruskan kembali hubunganku dengan lelaki yang tak pernah nak menghargai cinta aku, tak pernah walau sesaat pun aku bahagia dengannya, tapi aku tak punya kekuatan untuk pergi dari hidupnya. Maki, pukul itu adalah rutin dia untuk ku, apa saja salah aku cepat saja dia hidu, tapi silap dia, langsung tak boleh di tegur, banyak kali aku minta hubungan dengan dia di putuskan tapi dia kembali memujuk aku dengan janji manisnya. Aku tak tahu kenapa dia sukar untuk lepaskan aku. Bodohnya kerana bertahan dengan lelaki yang sentiasa membuatkan hidupku derita. 

Akhirnya…kekuasaan tuhan untuk menolong hambanya tak pernah pudar..hadirnnya lelaki yang pernah aku anggap adik 9 tahun dulu..aku pernah menyimpan perasaan padanya tapi 9 tahun dulu dia sudah punya teman yang istimewa walaupun masih di bangku sekolah..dia datang bagaikan sinar yang menyuluh kegelapan dalam hatiku untuk menerima cinta setelah lover meninggalkan aku.24 july 2006..aku merasai nikmat cinta yang pernah aku lalui bersama lover. Alhamdulilah, iz..membawa aku pergi dari hidup seorang lelaki yang tak pernah menghargai cinta dan kasihku…kami mengimbas kembali kenangan lama…malu juga aku tika itu…iz..terima kasih yang tak terhingga kerana masih sudi menerima aku sebaiknya…cinta yang pernah aku rasai bersama lover…kini iz menggantikan tempat lover..oh tuhan…tulusnya cintamu pada makhluk di bumi mu ini. 

Aku cintakan dia sepenuh hatiku..dan aku berjaya melupakan lover. Iz sebaik lover..penuh perhatian dan sayang….iz banyak meluangkan masa dengan aku..dia orang kedua yang aku kenalkan pada cintaku….mereka merestui hubungan kami…….kata sepakat antara kami, untuk mengikat hubungan ini dengan tali yang kukuh. Gembiranya saat itu…tak dapat ku gambarkan padanya dan pada teman2 yang aku kini sudah dapat melupakan luka lama. Ku khabarkan berita gembira ini pada lover, ternyata, dia mendoakan kebahagian aku….saat terindah kami rentas bersama2…..dia amat memahami perangai aku yang kadang2 buatkan dia sakit hati..tapi bukan niatku iz..mungkin..situasi untuk kau bergurau…bukan masa yang terbaik..tapi aku tidak pernah ego untuk memohon maaf atas kesilapanku..iz…aku amat mencintaimu…..tapi itu semua urusan tuhan…jodoh kita yang rancang tapi yang tentukan adalah dia yang di atas…12 oktober 2006..hubungan kita berkecai tanpa ada taufan dan ribut yang melanda..kau meminta hubungan kita di putuskan dengan alasan yang sukar untuk aku terima..adakah aku ini beban pada kau? Bukan aku yang mencipta cinta ini! Pernah aku minta untuk mengundur diri dari hidupmu kerana aku rasa tak layak aku berdampingan dengan lelaki sebaikmu tapi kau merayuku…iz…kenapa kau punah janji yang kau ciptakan? Mana iz ? mana? Aku tak tahu apa salahku hingga hukuman ini kau jatuhkan padaku? Aku kecewa dengan sikap kau yang tak gentleman,memutuskan hubungan hanya dengan telefon dan kau biarkan janji yang kau lafazkan sewaktu kau meminta untuk meneruskan hubungan kita sekadar kawan…kau ingkar dengan janji kau…aku sabar…tapi satu saja yang aku mahu kau ingat dan imbas kembali kata-kata yang pernah kau ungkapkan pada aku..tanggal 24 july 2006 pukul 5petang….aku masih ingat…sikit pun aku tak akan lupa….iz…aku tak berdendam dengan kau…tapi hanya satu ku pinta…setiap kejadian ada balasannya..bukan dendam…tapi kekecewaan mak dan ayah dengan sikapmu membuatkan aku untuk berhenti mengharap apa2 darimu..kau datang cara baik tapi kau pergi tanpa sikitpun ucapan maafmu untuk mak dan ayah ku…kau fikirlah iz…aku harap kau mampu jadi anak yang baik dan abang yang bertanggungjawab….doaku…satu hari nanti kau datang untuk betulkan keadaan…maafkan aku..mungkin kata2 aku kasar tapi inilah hakikat dan kebenaran. 

Andainya kini kau sudah punya pengganti…jangan kau perdayakan dia seperti mana kau pernah perdayakan cinta aku…perempuan itu adalah anugerah yang perlu kau jaga…aku tahu iz…aku bukan insane yang terbaik untukmu…tapi aku juga manusia yang punya hati. Kenapa insane seperti aku tak pernah diberi peluang untuk bahagia? Fikirlah sebaiknya……aku mendoakan kejayaanmu iz….akhirnya…aku memilih untuk sendiri…pasti satu hari nanti akan ada cinta untuk aku….iz…walaupun hingga kini cinta ku masih bersisa untukmu tapi hati ku pedih bila mengenangkan saat aku ditinggalkan..aku pernah merayu agar hubungan kita diteruskan tapi kau menolak aku. Iz…pernah aku beritahu…yang aku akan berhenti mencintai mu sebaik saja kau ucapkan selamat tinggal..tapi aku perlu putuskan segalanya. Bukan kerana aku ada pengganti, tapi kerana aku tahu..apa guna aku menunggu sesuatu yang belum pasti jadi milikku…sendiri itu lebih baik walaupun kadangkala ia amat menyakitkan tapi inilah realti kehidupan yang perlu aku akur. Kini aku tabah hadapi segalanya walaupun tanpa insane yang boleh ku panggil kekasih…doaku sentiasa mengiringi perjalanan hidupmu. Semoga bahagia dengan kehidupanmu..andainya satu hari nanti kita di ketemukan..janganlah kau terkedu dengan keadaan aku…maafkan aku sepanjang kita bercinta iz….SELAMAT HARI KASIH SAYANG.

Lover kembali setelah begitu lama menyepi, emailmu aku terima, thanks kerana masih mengingati aku. Tak sangka..kau tak pernah sikit pun cuba untuk melupakan aku. Lover…keadaan kita sudah jauh berbeza..tiap hari email mu aku terima. Aku balas dengan cerita tentang kisah hidupku. Hinggalah satu saat kau mengungkapkan sesuatu yang membuatkan jantungku berhenti untuk seketika. Maafkan aku..bukan tiada sayang dan cinta dalam hatiku tapi buat masa ini aku perlukan masa.seringkali aku kecewa kerana lelaki…aku tahu, kau sudah jauh berubah dan antara kita tiada siapa yang akan jadi halangan. Biarlah masa yang menentukan. Andainya jodoh kita kuat, pasti ia akan jadi milik kita..biarlah kita bersahabat..mungkin itu yang terbaik untuk masa ini. Jagalah iqbal sebaiknya…jadilah papa yang akan membuatkan iqbal bangga mempunyai papa sepertimu..aku sentiasa doakan kesejahteraan hidupmu bersama iqbal….SELAMAT HARI KASIH SAYANG UNTUKMU.
Mungkin cinta ini terlalu biasa, tapi bagiku perjalanan cintaku terlalu mahal. Ingin aku tulis dalam bentuk novel tapi myb ayat yang ku karangkan tak seindah penulis di luar sana. Cukuplah hanya sekadar tatapan untu aku. Andainya kalian menyusuri cerita cinta dengan tulus, janganlah hokum aku dengan kata-kata. Aku juga punya perasaan, dan berilah aku peluang untuk bahagia walaupun sendiri. Mengertilah…SELAMAT HARI KASIH SAYANG IJA…..SEMOGA KEJAYAAN AKAN SENTIASA MENGIRINGI PERJALANAN HIDUPMU…..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya