1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Wednesday, September 26, 2007

after graduation

KERJAYA
Wow..alangkah bahagianya hidup ini, andainya, sebaik sahaja tamat pengajian, kerja sedia menanti…tapi jarang-jarang antara kita yang memiliki keistimewaan itu..tapi aku percaya..aku pun punya tuah yang bakal menanti…doakan..kata-kata itu satu doa kan..so..selalu-selalu lah doakan untuk aku ya..banyak pahalanya, lebih2 lagi dibulan ramadhan yang mulia ni. Mencari kerjaya yang sesuai dengan kelulusan buat masa ini agak sukar..kadang-kadang terpaksa mencari peluang kerjaya dalam bidang lain. Walau apa pun aku perlu terima kerana tuntutan hidup di kota besar. Tapi aku masih percaya, rezeki ada dimana-mana bila di susuli dengan usaha yang gigih..insyallah. buat masa ini aku tak perlu memilih kerja, usahakan apa yang bakal aku perolehi. Cita-cita aku ni setinggi gunung Everest..walaupun tak tercapai kaki aku untuk melangkah ke puncak..sekurang-kurangnya cita-cita aku sentiasa aku pegang..dan aku usaha untuk realisasikan…wow…kadang-kadang..aku memberontak dengan diri aku sendiri, aku punya sikap yang tidak sabar dalam mendapatkan sesuatu perkara, tetapi sekarang aku perlu belajar erti sabar.
Julai baru2 ni, aku mengambil keputusan untuk balik kampung, mencari rezeki dibumi sendiri..cemburu melihat sepupu-sepupu yang sudah punya kerjaya yang bagus di tempat sendiri. Mengambil inisiatif di atas kejayaan mereka, mungkin kerjaya saya di rantau orang..mungkin…sebaliknya aku sendiri susah untuk menjangka. Waktu di kampung, setiap hari ayah membuat kesimpulan tentang kerjaya saya. Ayah tidak pernah memaksa asalkan aku tahu arah tuju kerjaya aku. Thanks ayah.
August aku kembali ke KL, hajat dihati aku untuk mengikuti kursus ICT, tetapi kursus itu agak lambat dan system pemprosesannya seperti tidak sistematik. Aku batalkan niat aku. Setelah aku fikir dan berbincang dengan orang terdekat, AKU NAK SAMBUNG MASTER..yes..itu yang tepat. Insyallah..itulah sebenarnya yang sentiasa berlegar..untuk menjadi seorang pendidik dalam seni..dan lebih tepat..Ahli Akademik…itulah cita-cita aku.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya