1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Wednesday, September 26, 2007

Dedikasi untuk teman di benua sana

MENDUNG TAK BEERTI HUJAN

'Jangan berhenti berharap. Kisah cinta bukan selalu indah kesudahannya namun putus kasih sayang, bukan penamat segalanya'.
Acapkali membaca, menonton secara reality kisah seperti ini, bingung, sedih, hairan, entah apa lagi…cerita ini datang dari seorang teman tentang kisah percintaan mereka yang menarik untuk aku muatkan dalam blog aku..sory my friend. Kadang-kadang aku sendiri bertanya, kenapa agaknya kawan-kawan aku di sini yang dilanda kesedihan dan keperitan cinta akhirnya pergi meninggalkan semua? Kebetulan aku pun pernah melakukan perkara yang sama. Tetapi lupakan cerita pasal aku.
Cerita teman aku yang sorang ini lagi penting. Kali ini, epiknya tentang sahabat aku, teman yang sudah lama aku kenal, kami dahulu satu sekolah dan satu kelas dari form 3-5 dan juga teman satu daerah di kampung. Orangnya cantik, peramah, baik dan bijak sekali. Kini menabur bakti untuk kerajaan nun jauh di sana. Kadang-kadang aku rasa bagus untuk dia menumpukan perhatian pada kegiatan-kegiatan positif yang lain. Sekurang-kurangnya dia dapat melupakan drama cintanya yang berakhir dengan tiba-tiba. Teman aku ni dulu pernah menjalinkan hubungan cinta beberapa kali, namun tiada yang benar-benar kekal dan menjadi. Kami semua tidak terkejut jika dia kaya dengan kisah cinta kerana orangya memang cantik. Jadi ramailah lelaki yang cuba menawan hatinya. Ada lelaki yang sudah berpunya, ada yang bujang malah ada juga yang sudah berkahwin tetapi masih menyimpan hasrat untuk bercinta denganya. Untung dia tahu erti batasan. Suami orang bukan taruhan, walaubagaimana pun dia pernah beberapa kali tersalah pilih cinta. Setiap kali aku akan dengar keluhannya. Aku tumpang simpati. Namun, aku hanya dapat membantu dengan meminjamkan telinga untuk dia melampiaskan duka cintanya. Kami memang rapat.

Aku tahu yang dia pernah tersiksa gara-gara buta dalam bercinta. Aku tahu yang dia pernah diherdik, ditengking dan turur di pukul oleh dua orang bekas kekasihnya. Lelaki binatang kata aku. Men who hit women do not deserve to be loved at all!!. Tetapi aku benar-benar terkejut tika dia menceritakan semua ini. Teman aku ini bijak dan berpendirian. Orangnya boleh dikatakan agresif dan aku yakin dia tahu membezakan mana yang baik dan mana yang tidak. Dia sendiri pernah menyatakan yang dia sering menasihati adik-adiknya yang lain supaya meninggalkan teman lelaki yang mula berkasar dan mengankat tangan. Namun kenapa dia tidak bertindak sedemikian?? Kenapa dia teruskan hubungan dengan jejaka dayus yang suka mencederakan wanita?? Bila aku bertanyakan hal itu, dia kata, mungkin dia dilamun cinta. Dan apa yang terjadi sudah termaktub untuk berlaku.
Merepek!!cinta jenis apa kalau ditampar sehingga darah terpercik ditepian pintu kereta. Cinta apa kalau dipukul sehingga lebam sana sini? Itu bukan cinta tapi gila!! Yang lebih aneh lagi, setelah dia Berjaya meninggalkan jejaka durjana tadi, jejaka tersebut masih datang mencari, menagih kembali. Teman aku dipujuk, dan dirayu sehingga manusia dayus tadi menangis tersedu-sedu memohon maaf atas apa yang berlaku. Oleh sebab teman aku ni tersangatlah pemurah dan percaya bahawa semua orang ada kesilapan. Sangkanya, semua orang layak menerima peluang kedua untuk memperbetulkan kesilapan lampau. Sayangnya drama yang sama terus terjadi. Disebabkan cinta teman aku yang sorang ini dipukul lagi. Kemudian aku mendapat tahu setiap kali teman aku didera dan dicerca, kekasih hatinya akan menangis dan meminta maaf berulang kali. Meluat aku dengar.

Lelaki dayus rupanya pandai bermain TEATER. Pandai memukul dan pandai juga menangis. Berjuta kali aku sruh dia tinggalkan manusia keparat itu dan buat laporan pada keluarga atau lebih tepat polis, tapi dia enggan. Dia keliru dan dia juga takut menyesal. Mungkin hati kecilnya berbisik pada dirinya, tiada lagi yang akan menyayangi dia seperti lelaki dayus itu. Tuhan maha berkuasa, akhirnya dia berpisah jua dengan lelaki keparat itu. Ada berita yang aku dengar dari teman lain, menyatakan, lelaki keparat itu masih memukul pasangan baru. Entahlah..apalah yang berlaku..minta di bukakan hati pasangannya.

Selepas itu, sahabat aku ini bertemu cinta yang baru. Tetapi sekali lagi lelaki buas. Kisah serupa dan menyayat hati. Apa salah teman aku ini sehingga disakiti lagi? Setiap yang berlaku ada hikmahnya dan mujurlah teman aku ini yakin pada prinsipnya. Dia juga sedar yang dia juga banyak berdosa dan inilah balasan yang dia terima di atas dunia, kata dia. Namun kali ini, dia tidak teragak-agak untuk berpisah. Dia sudah serik dicerca, diherdik, dihina, dipukul kala bercinta. Nasib baik dia Berjaya melepaskan diri. Mengambil keputusan untuk melupakan lelaki untuk seketika. Dia tidak mahu menerima padah lagi. Biarpun aku tumpang gembira kerana azab lamanya sudah berlalu, tapi aku tetapkan kasihankan dirinya. Pasti sukar untuk meneruskan hidup selepas itu. Waktu bercinta disakiti, bila putus menyendiri. Aku tahu yang dia merasa takut untuk bercinta kembali. Oleh kerana itulah dia tumpukan perhatian pada kerjayanya.

Hari berlalu dan sedikit demi sedikit dia kembali ceria, malahan dia tampak lebih cantik dari dulu, berkeyakinan dalam mengharungi hidup. Ternyata..kekuasan tuhan itulah yang lebih besar mukjizatnya. Akhirnya..dia menemui cinta yang baru, dan kali ini pilihannya tepat, orang kacak, baik dan bijak. Persis dirinya. Bila mana tiap kali dia menelefon aku dan bercerita, aku turut gembira. Setidak-tidaknya aku tahu yang dia telah jumpa cinta yang dia idamkan. Sampai aku pula yang cemburu mendengar kisah mereka. Bunyi nya begitu sempurna dan bahagia. Beruntungnya badan. Kerjaya hebat, wajah memikat dan cinta tersemat. Kalau lah aku dianugerahkan selengkap itu, rasanya sempurna hidup di dunia ini ( aku bersyukur dengan apa yang aku ada ). Sungguh pun begitu, takdir tuhan siapa yang tahu. Setelah bercinta bagai nak rak dan bercadang mengambil langkah untuk membina keluarga, teman aku tiba-tiba ditinggalkan begitu sahaja!! Sakitnya hati aku yang mendengar pun dapat bayangkan betapa peritnya. Al-maklum, aku tahu kisah hidupnya sebelum ini. Bagaimana boleh terjadi? Kebetulan tragedy ini berlaku beberapa hari sebelum dia ditugaskan ke tempat sekarang. Kau sendiri lagi!! Nice people always finish last katanya pada aku sebelum berangkat. Tiada guna berbuat baik jika orang berlaku kejam pada kita, begitu sekali tanggapanya. Dia hilang kepercayaan untuk berbuat baik dan bercinta.

Aku tidak tahu untuk berkata apa kerana bukan aku yang menentukan. Namun aku percaya, itu tidak benar temanku. Sabar itu separuh dari iman, dan aku menasihatinya untuk terus bersabar. Mungkin belum ada jodoh. Buat teman ku..dunia belum berakhir. Kesabaran pasti membuahkan hasil. Seorang teman aku yang kini berhijrah ke Russia selalu mengingatkan aku, orang yang sabar disayangi Tuhan, jadi jangan hilang sabar. Untuk teman aku di benua sana, aku sentiasa doakan yang tebaik untuk kau. Sabar. Yang terbaik bakal terjadi.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya