1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Monday, September 24, 2007

kenangan di malam anugerah

''Melati Dan Melur''

Sebuah karya yang di karang dengan cukup indah oleh penulis yang berbakat, muat dengan kisah masyarakat hari ini…tetapi masih ada segelintir orang kita tidak dapat menerima kisah yang di dilakonkan sejujurnya oleh pelakon yang kesemuanya punya bakat yang besar…namun itu bukanlah satu isu yang besar dan tidaklah mematikan semangat kami untuk terus berjuang.
Kisah bermula…selepas malam kemenangan kami…kami bertujuh..wan,zurie, along, rime, intan, fina dan sudah tentu aku, lepak di medan selera kampung baru, mengupas kembali saat-saat yang tidak akan kami lupakan sepanjang hayat kami. Aku tahu, dari raut wajah teman-teman aku, tergambar seribu kedukaan di atas kemenangan kami kerana di sebalik kemenangan ini, tercatat sebuah kisah duka yang cukup mencalar hati dan mencabar kemanusian kami. Tetapi kami sememangnya sudah di lahirkan dan di didik dengan dunia teater yang seharusnya berlaku jujur, tidak dapat mempertikaikan kebenaran dengan terbuka..kerana SIAPALAH KAMI…di antara mereka yang mengetuai segala tindak tanduk dan aturan perhitungan. Kami perlu redha dan belajar terima kemenangan di atas kekalahan. Pelik bukan…kenapa kemenangan yang aku titipkan..padahal kekalahan yang kami terima…kerana kami menang dalam hati kumpulan kami dan sesiapa yang menerima persembahan kami. Terima kasih pada yang sentiasa menyokong…..
Ingin aku titipkan sesuatu, buat wan dan isma dan zamri..NAMA KAU TIDAK TERSENARAI DALAM SEBARANG KATEGORI….sedih bukan…aku sedih kerana kenapa tiada mata yang menilai kejujuran kau di pentas…tapi walau macam mana pun…kau tetap menang dihati aku kerana itulah lakonan kau yang membanggakan aku dan kawan2. penuh tenaga dan kebijaksanaan seorang pelakon yang punya ilmu dalam Teater..teruskan perjuangan wahai sabahatku..aku sentiasa menanti permainan kau di pentas. NAMA KAU TERSENARAI DALAM HATI KAMI!!!!! Ingat…kita tak pernah tewas dalam perjuangan kita sendiri…buktikan pada semua, yang kau hebat tapi awas…bila semua sedar kehebatan kau, jangan lupa untuk tunduk kerana sebelum Berjaya kau sentiasa memandang ke bawah….kadang2 kau perlu melangit tapi jangan sampai riak bermaharaja lela dalam hidup kau….
Buat teman2 melati dan melur….kekalahan dan kemenangan lumrah dan kadangkala kita sendiri tidak dapat mengelak dari itu semua….tapi awas!!!! Jangan pernah ada rasa putus asa..sahut cabaran ini suapaya kita terus mekar dalam hati semua…..aku tabik spring kat korang….sentiasa buat yang terbaik walaupun hasilnya belum tentu kita tahu…..chayok…chayok..my friends…….

1 comment:

  1. allo kak jaaa.. terrer arr dah ada blog. konggret!!! sampai ati ko jaa. aku tak der dalam perdebatan tujuh lepas result kat kg baru tu... uwaaaa.... tapi takper tq puji Hairul yang tak seberapa. ternyata orang lain lagi hebat.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya