1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Wednesday, September 26, 2007

Kisah Satu Malam


'Satu Malam'

Satu malam ini bermulanya persahabatan, perkenalan, pertemuan, perasaan yang tanpa aku rancang, begitu juga dengan dia. Ingin aku rakamkan setiap detik, minit waktu kami bersama tapi aku tidak punya waktu yang banyak untuk menulisnya saban waktu. Pertemuan yang tidak aku duga, perkenalan yang aku tidak jangka kekal hingga ke hari ini, perasaan yang mula tumbuh dalam hati aku..oh tidak..aku takut dengan perasaan aku sendiri..tetapi perasaan itulah yang memberi aku semangat untuk meneruskan perjuangan, perasaan itulah yang menyelamatkan aku dari segalanya. Awak..genap 3 tahun kita kawan..thanks for everything..cz masih sudi menjadi kawan saya.

Satu malam yang menceritakan segala duka saya pada awak..hanya satu malam saya boleh berkongsi tentang kekecewaan saya pada awak..hanya satu malam awak boleh mengenali saya, saya sendiri tidak tahu, kenapa secepat itu saya boleh menerima awak sebagai kawan..jangan Tanya soalan itu pada saya. Kerana saya sendiri tidak pernah ada jawapan untuk soalan itu. Biarlah ia terjawab dengan sendiri. Selepas malam itu, kita sentiasa menghabiskan masa bersama, awak terlalu baik untuk saya, awak datang dalam hidup saya tepat pada masanya. Waktu itu saya terlalu bersedih dengan kekasih hati yang sudah bertahun bersama melayari nikmat cinta. Awak datang memberi sinar baru dalam hidup saya walaupun waktu itu, perasaan saya pada awak tidak lebih dari seorang kawan. Saya tidak tahu siapa awak..tetapi segalanya terlerai pada satu malam. Sedih, kecewa, marah, benci, suka, gembira, terkilan? Saya sendiri sukar untuk menafsir perasaan sendiri, Cuma yang saya tahu, kenapa Fansu semudah itu perlakukan saya??? Dendam? Benci? Segalanya sarat dihati saya. Sekali lagi saya membenci insane yang bernama lelaki!!! Andainya di muka bumi ini, membunuh itu adalah halal dan sah di sisi undang-undang..orang pertama yang akan saya bunuh adalah Fansu..tetapi rasanya, saya yang dibunuh dulu…maafkan saya kerana menyimpan perasaan itu pada sahabat awak, kerana apa salah saya pada dia hingga kan dia perlakukan saya seperti perempuan yang tidak punya hati dan perasaan. Alhamdulilah, saya masih berfikiran rasional, menganggap itu adalah hikmat dan sememangnya tuhan ingin mempertemukan saya dengan awak.

Satu malam itulah yang memperkukuhkan hubungan kita. Saya masih lagi menerima awak sebagai kawan tidak lebih dari itu. Tetapi yang ajaibnya, persahabatan kita bukan seperti orang lain..awak sendiri tahu kan..saya sendiri tidak boleh ungkapkan perasaan itu. Dulu..saya ingin menerima awak, mencintai awak tetapi saya kelu, saya buntu..hati saya bercelaru dengan dendam..saya takut ditinggalkan, saya takut dikecewakan dan saya abaikan perasaan itu yang semakin lama semakin hilang dalam hati saya.
Saya mengkhianati awak, sebab saya tidak pernah tahu perasaan awak pada saya. Tiap kali kita berjumpa, kita tidak pernah membicarakan tentang hati dan perasaan..maafkan saya. Saya dapat rasakan degupan itu tetapi saya bina tembok antara kita. Saya sendiri tidak tahu kenapa Fendi? Bermulanya satu jarak yang memisahkan kita. Saya melarikan diri dari awak, saya sepi dari awak kerana waktu itu saya jumpa seorang lelaki yang Berjaya membuatkan saya jatuh cinta. Izra datang bagaikan mimpi dalam hidup saya. Saya terlalu bahagia hinggakan saya lupakan awak, lupakan yang saya pernah mengenali awak. Cinta izra membuatkan saya memutuskan hubungan kita kerana saya tidak mahu melukakan hatinya. Izra memberi saya impian yang indah, memberi saya harapan, memberi saya kekuatan dalam cinta, mengembalikan kepercayaan saya pada lelaki. Izra juga mengenggam janji untuk menjaga saya sepanjang hayatnya.


Sebab itu saya lupakan awak…menghilangkan diri dari awak..melupakan saat-saat yang pernah kita lalui bersama. Satu malam merdeka, tika semua orang menyambut hari yang penuh dengan kejayaan, saya menghubungi awak yang sekian lama saya lupakan. Ternyata awak masih setia dengan nombor lama awak. Saya hubungi hanya sekadar untuk memberitahu tentang berita gembira yang tidak lama lagi saya bakal jadi tunangan izra, tanpa saya fikir perasaan awak tika itu, yang saya tahu, saya ingin kongsi kegembiraan ini pada awak. Saya tidak tahu keadaan awak tika itu dan sikit pun saya tidak Tanya itu semua..maafkan saya awak….hanya satu kata-kata yang masih ingat “ saya doakan awak bahagia” itulah kata-kata yang membuatkan saya terharu. Hidup saya kembali tenang selepas saya berkongsi cerita indah saya.
Kasih saya dan izra di restui semua pihak..tidak sabar menanti hari yang amat bermakna dalam hidup saya tetapi saya hanyalah manusia biasa, mampu merancang dan yang menentukan adalah yang DI ATAS. Dia yang lebih berkuasa. Ramadhan 2006 izra memutuskan hubungan yang hampir ke titik bahagia tanpa alasan yang kuat dan saya sendiri bagaikan tidak percaya, puas saya merayu minta dijelaskan segalanya tetapi dia hanya diam dan menganggap antara kami tiada jodoh. Ya Allah..betapa sakitnya saya waktu itu, meraung, menjerit dalam bilik, memarahi diri sendiri..hanya tuhan yang tahu, jiwa saya waktu itu. Apa dosa saya? Apa silap saya? Macam mana saya perlu sampaikan berita ini pada mak dan ayah? Saya bagaikan hilang arah tuju..waktu itu saya sedang bergelut dengan exam final di iniversiti. Ya Allah, macam mana saya nak hadapi semua ini?? Kenapa saat saya bergelumang dengan peperiksaan akhir, saya perlu hadapi kemelut duka ini. Saban hari doa saya panjatkan pada yang ESA supaya kuatkan semangat saya untuk hadapi dugaan ini dengan tenang…


Satu malam ramadhan 2006..saya hubungi awak..melepaskan semua duka, kecewa dihati, kita sahur sama-sama. Awak masih seperti dulu, tetap menjadi pendengar setia saya. Pada awak saya lampiaskan cerita duka saya. Awak hanya terdiam saat itu, tentu macam2 yang berlegar dibenak fikiran awak kan?
Sejak malam itu, kita sering berjumpa, berkawan seperti dulu. Walaupun satu saat dulu, saya pernah tinggalkan awak. Awak..saya tahu, sikit dendam pun tiada dihati awak untuk saya. Awak tetap menjadi pembakar semangat untuk saya. Terima kasih kerana sanggup melalui cerita indah dan cerita duka saya. Sejauh mana pun saya melangkah saya tidak akan lupakan awak…itulah janji saya untuk diri saya sendiri.
Satu malam..14 julai 2007, memberi tamparan hebat dalam hidup saya. Saya datang berjumpa awak kerana ingin mengucapkan selamat tinggal. Saya perlu pulang ke kampung atas alasan keluarga, dan saya tidak akan kembali lagi ke KL, sebelum saya jumpa, entah bahana apa yang membuatkan saya marah pada awak, tetapi saya tetap menemui awak malam itu.


 Awak..tentu awak masih ingat..bila saya tidak jawab satu pun soalan awak dan awak tak nak gaduh dengan saya, awak terus keluar dari kereta dan balik, baru saya tersedar yang saya tidak pernah sanggup kehilangan awak, saya mula sedar itulah perasaan saya selama ini pada awak. Di saat saya perlu kembali pada keluarga dan meneruskan hidup di bumi sendiri, cinta ini tiba-tiba hadir tanpa saya duga, perasaan yang selama ini saya cari, akhirnya saya temuinya dihujung cerita kita. Tetapi saya terlambat kerana cinta yang selama ini awak simpan pada saya, sudahpun layu dan pudar di telan waktu. Saya akur dengan keputusan awak, supaya saya berhenti mengharap apa-apa dari awak. HANYA KAWAN itulah mesej yang awak titipkan pada saya waktu di kampung.


Hati saya pedih, kenapa saya terlambat dalam menemui cinta yang sememangnya tersedia di sisi saya? Itulah yang dinamakan takdir yang terindah. Sayang awak pada saya tidak lebih dari seorang kawan. Saya perlu terima keputusan awak kerana, kerana satu waktu dulu, awak akur dengan keputusan saya. Ingin saya pergi jauh dari awak tetapi satu hari nanti…saya akan pergi…tetapi biar segalanya selesai dan saya akan pergi dengan aman. Awak..terima kasih kerana jadi sahabat yang terbaik untuk saya. Andainya satu hari nanti saya pergi jauh dari awak..bukan kerana benci tetapi kerana sayang yang masih berbekas di hati ini untuk awak. ‘ akan tiba masanya saya perlu tinggalkan awak bukan kerana benci atau dendam tetapi kerana terlalu menyanyangi awak’ awak pernah menangis kerana saya dan kini saya menangis kerana saya terlewat menemui cinta saya.


Andainya awak membaca tulisan di blog saya, maafkan saya kerana menitikkan kisah kita di sini. Bukan membuka pekung di dada atau menghebahkan kisah ini tetapi ia hanyalah sekadar bingkisan untuk diri saya sendiri. Awak..andainya satu hari nanti,saya masih sendiri, usahlah persoalkan..kerana….inilah jalan yang saya pilih. Saya sentiasa doakan kebahagian awak walaupun saya jauh dari awak..terima kasih kerana menjadi kawan yang terbaik untuk saya fendi…
Ija…

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya