1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Tuesday, October 16, 2007

Ariff Waran….dan Germany….

Hampir 5 tahun dia berhijrah ke Germany, menimba ilmu, mencari rezeki dan peluang di benua asing. Ternyata dia Berjaya dan impian yang selama ini dia kejar, sudah di depan mata. I’m proud of u abang ariff. Kami bertemujanji untuk buka puasa sama2 dengan Dr zul di Klcc. Aku pick up dekat KL Sentral, tak sabar nak jumpa dengan orang pertama kenalkan aku pada dunia teater. Dalam perjalanan ke KL Sentral, aku terbayangkan abang ariff macam mat salleh, maklumlah dah lama tinggalkan Malaysia, rindunya pada dia, rindu untuk berbincang macam2 perkara. Sampainya aku kat Bus stop, abang ariff datang dia masih seperti dulu, tapi sudah berisi sikit..tetap hensem…ha..ha..

Dalam perjalanan ke Klcc, macam2 perkara yang kami bualkan, ye lah daripada menahan tekanan dalam jem..oh my god..terpaksa buka puasa dalam kereta..abang ariff tetap macam dulu..tak stop bercakap, berita kejayaan di germany di kongsi dengan aku..dalam hati aku, bila aku nak Berjaya macam dia, aku akan buktikan satu hari nanti…doakan untuk aku. Kami sampai di Klcc dalam pukul 7.30pm. Dr zul menunggu kami di Dome. Lapar giler…

Macam2 perkara yang kami bualkan dan satu topic yang menyedarkan, memberi impak yang besar pada aku. ‘fresh graduate University Malaya and bekas graduan ASWARA’ tidak mendapat tempat dalam komuniti teater. Kesal? Ada juga terlintas di fikiran, tetapi perbincangan secara ilmiah dengan Abang Ariff dan Dr zul, membuatkan aku berfikir secara sabar dan ilmiah. Titik tolak kejayaan aku bukan terletak, dimana aku kerja, dimana aku belajar, tetapi titik itu bermula dari keberanian untuk melakukan sesuatu yang boleh membanggakan. Aku akan sahut cabaran kau ariff waran, yang aku aku juga punya cita-cita dan impian.

Keinginan untuk berhijrah dan menuntut ilmu di bumi asing adalah satu impian dan cita-cita aku. Aku juga ingin Berjaya di bumi sendiri sebelum aku melangkaui 7 lautan demi cinta aku pada seni. I will do it. Aku ingin menjadi seperti abang ariff yang terlalu berdikari dan punya keyakinan dalam mencipta teori hingga dia tidak pernah gentar untuk berhadapan dengan sesiapa. Aku ingin menjadi seperti kak lenny, menjadi manusia yang tinggi intelekktualnya, aku ingin menjadi seperti kak rai, yang bijak dalam membahaskan sesuatu yang berbentuk ilmiah. aku ingin menjadi seperti Namron yang kreatif dalam menghasilkan karya....Aku ingin jadi seperti mereka yang Berjaya. Cemburu inilah yang mendorong dan akan meletakkan aku di barisan insane-insan yang Berjaya.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya