1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Saturday, November 17, 2007

Hati Malaya + Kepenatan

Menonton filem yang bertemakan perjuangan di saat berperang dengan kepenatan memang tidak syok kan, tapi demi ingin tahu filem arahan pengarah yang menjadi idolaku, aku gagahi jua. di temani seorang teman yang sedikit bertentangan dengan minat ku, tapi aku memaksa untuk sama-sama menghayati filem ini dari segi intelektual.
alhamdulilah dalam situasi badan yang tidak berapa sihat, aku berjaya mengharungi 'Hati Malaya' dengan penuh ketenangan dan kemerdekaan. sebagai anak yang dilahirkan pada zaman yang telah merdeka, memberi impak yang besar untuk aku mengerti, betapa susahnya untuk menjadikan Malaya sebagai sebuah negara yang merdeka.
lakonan dalam 'Hati Malaya memuaskan hati aku dan juga teman aku, dalam diam dia menganggumi watak Tunku Abdul Rahman, Aku lupa untuk memberitahu yang aku memang mengenali watak Tunku, katanya,...' ni pelakon baru ke? i tak pernah nampak pun?' dengan penuh bangga aku menceritakan siapkah yang memenggang watak Tunku. Tahniah Che kem... lakonan yang menyentuh jiwa, penuh dengan semangat perjuangan. pelakon2 bawah arahan Shumi memang best...tabik spring!!!
aku cuba menahan airmata saat berkumandangnya lagu Negaraku...tapi akhirnya titik-titik jernih singgah jua...begitu juga teman disebelah ku, berjaya juga aku mempengaruhi untuk melihat filem buatan Malaysia yang hebat... Tahniah buat semua warga 'Hati Malaya'...banyak perkara yang ingin aku disini, tapi mata aku memang tak boleh tahan dah.....to be continue.....

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya