1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Monday, February 25, 2008

Dublin + Malaysia

Dublin + Musim Dingin+suram=…..

Hubungan kami masih terlalu awal untuk aku ungkaikan segala yang kusut, tapi sekarang aku perlu melalui saat yang sukar. Masalah dalam perhubungan itu perkara biasa tapi kali ini menjadikan aku buntu. Mungkin kerana dia jauh di sana dan aku terpaksa mengharungi saat ini sendirian. Kenapa aku perlu mengenali mu abang? Aku sendiri tidak mahu ada sebarang hubungan dengan dia tapi inilah takdir namanya. Dia yang dulunya Boss di tempat aku mencari rezeki, permulaan yang baik tapi hubungan ini semakin indah apabila aku mengambil keputusan untuk mencari rezeki ditempat lain. Kami sering berhubung dan semakin hari detik aku dengan dia semakin menjadikan aku seorang yang sering menyoal semua perkara yang pada aku penting. Mungkin aku sedang melalui Fasa yang bersifat ke arah yang lebih jauh.

Hubungan kami ada nama yang indah dan dia mengharapkan sesuatu yang menjanjikan kesempurnaan dalam menghadapi fasa kehidupan. Namun aku keliru dengan perasaan aku sendiri, perlukah dia dalam hidup aku? Arg…aku abaikan perasaan itu, mungkin luka lama masih berparut. Antara kami terlalu jauh perbezaan, minat, kerjaya, hobi dan yang penting masa. Dia tidak ada masa yang banyak untuk luangkan bersama aku. Yang dia tahu, kerja sampai lebam…sory kalau aku agak kasar…sebenarnya aku sudah penat melalui fasa seperti ini..aku cuba untuk memahami walaupun seringkali hatiku memberontak. Itulah aku…terlalu memahami!!!! Pernah aku cuba singkirkan perasaan ini tapi hatiku mendesak untuk terus memahami insane yang aku gelar abang/ sayang/hubby dan macam2 lagilah.

Baru beberapa minggu kami berjauhan kerana dia terpaksa memenuhi tuntutan kerja di bumi Dublin. Aku bangga akhirnya dia Berjaya mengenggam impian yang seringkali jadi mainan tidurnya. Congratulation!!! Aku menanti saat2 gembira ini untuk dia kongsi bersama dengan aku tapi hanya sia2. dia bagaikan membina tembok kasih sayang aku untuk menembusi jantung hatinya, aku tidak mengerti kenapa, sebegitu tinggi tembok dia untuk menghalang perasaan ini menyelinap dalam hatinya? Kenapa??? Jawapan yang aku terima ‘kenangan lama tak ada kena mengena dengan hubungan kita,’ tidak sedikitpun dia kongsi kepedihan, kesakitan masa lampaunya dengan aku.

Aku faham sekarang, kesakitan hidupnya masa lampau, menjadikan dia seorang yang seakan menutup pintu hati untuk menerima insane lain, kehadiran aku hanya lah sekadar pelengkap hidup untuk menyenangkan hati insane yang ku panggil IBU. Aku kagum dengan kegigihan kau, namun aku sedih dengan perasaan kau yang langsung tidak memahami apa itu ‘takdir yang terindah’. Aku teringin untuk melihat kesayuan, ketabahan kau disaat kau bercerita tentang kesusahan masa silammu tapi itu hanya mimpi aku. Mana mungkin aku dapat menewaskan keegoan seorang lelaki seperti kau. Saat ini menjadi kan aku sukar untuk membuat keputusan.

Aku ingin meminjam bahu ku untuk ku kongsi segala kesedihan dan kerinduan yang berbelas tahun melingkari hidupmu namun sampai sekarang aku tidak berdaya meruntuhkan kenangan terindah antara kau dan dia. Kali terakhir aku pohon, kenangan indah itu tidak mungkin kembali walaupun sejauh mana kau merantau. Kenangan indah kau telah dipilih untuk melalui fasa yang tidak tercapai oleh kau, fahamlah dan cuba kau renung sejenak, antara kau dan dia dipisahkan dari dunia yang berbeza. Biarlah dia tenang disana. Ini pesan ku. Walaupun aku tidak dilahirkan untuk melalui kenangan itu tapi aku dapat rasakan keperitan yang kau tanggung. Apa salahnya jika sedikit kesakitan itu kau kongsi dengan aku, mungkin ia akan membuatkan jiwamu tenang. Oh tuhan..kau buka kanlah pintu hatinya untuk merasai indahnya kasih sayang, kau kembalikan jiwanya seperti dulu, itu saja yang boleh aku pohon untuk kau.

10 nov 2007, 4am waktu Malaysia, 8pm waktu Dublin, kita berbincang tentang segala kemelut yang melanda, akhirnya percanggahan pendapat juga yang mengakhiri perbualan kita. Kenapa abang? Kenapa kau langsung tidak mahu aku merasai apa yang pernah kau rasa sebelum ini? Puas aku fikir, jalan bagaimana lagi yang perlu aku pilih untuk pulihkan keadaan ini. Abang, sewaktu aku berkata YA untuk mengikat janji untuk sama2 menempuh jalan ini dengan kau, aku sudah bersedia untuk berkongsi masa yang terlalu sedikit, namun kali ini aku seakan sukar untuk melalui dalam tempoh jangka masa yang panjang. Kuat kah aku????

Abang…aku bukan semulia Fatimah Al-Zahrah tapi aku ingin menjadi pendamping dan aku juga ingin menjadi orang yang pertama mengucapkan tahniah di atas segala kejayaan yang kau kecapi. Terima kasih abang kerana memberi aku ruang untuk mengenalimu walaupun sehingga detik ini aku masih belum dapat memadamkan kenangan terindah yang pernah kau lalui bersama insane pertama. Seperti aku, aku pernah merasai erti luka tapi itu bukan alasan untuk aku tidak memberi peluang pada abang. Aku padamkan kenangan yang pernah satu tika dulu menjanjikan kebahagian tapi pertemuan ini agak berlainan dan terselit pelbagai cerita yang aku sendiri tidak faham rentak dan melodinya.

Maafkan aku abang…keputusan yang bakal dan akan aku buat bukanlah di desak oleh sesiapa tapi aku tidak dapat menjadi orang pertama seperti mana abang pinta. Aku adalah aku, aku tidak dapat menggantikan kenangan itu Cuma aku mampu merawat kenangan yang menjadi kudis pada jiwamu. Maafkan aku sekali lagi kerana meninggalkan abang di saat abang memerlukan seseorang untuk menjadi pelengkap pada fasa kehidupan. Aku tidak mahu menjadi pelengkap tapi aku ingin menjadi sebahagian dari jiwamu yang parah. Doaku agar kau sentiasa tenang, bahagia dan dari jauh aku mendoakan yang terbaik dalam hidupmu.

Percayalah…aku bukan bintang seperti dia, aku bukan permata seperti dia, aku juga bukan ratu seperti dia, dan aku juga bukan kenangan pertama, jangan bandingkan dan jangan mimpikan aku boleh menjadi seperti dia. Abang..jangan hidup dalam kenangan silam..lontarkan kenangan itu sejauh yang abang mampu. Sujudlah pada yang ESA, mintalah keampunan dariNYA, menangislah dan merayu padaNYA minta di buka kan kembali hati abang yang telah mati. Itulah jalan yang sebaiknya. Kuasa TUHAN dapat menghapuskan segala kegusaran yang melanda. Ija meninggalkan abang bukan kerana ija benci, terkilan, marah, geram pada abang Cuma ija bukan kenangan silam abang. Ija tidak mahu di belungi dengan kenangan abang. Ampunkan ija….andainya satu hari nanti kita ditemukan, dan abang kembali dengan senyuman, ija lah orang yang paling gembira walaupun ija tidak disisi abang waktu itu. abang..hari-hari untk ija semakin dekat dan menghampiri, doa ija, moga ketabahan abang dapat menenagkan hati ija tika ini....

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya