1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Sunday, March 16, 2008

Perbincangan dengan kak lenny dan abang nasri membuatkan aku terdiam sejenak, mampukah aku memikul peranan ini? dengan lantang hati aku menjerit!!! why not? apply kan segala ilmu dan pengalaman yang ada untuk memainkan peranan ini. kak lenny menyakinkan aku tentang watak yang akan aku bawa untuk pertama kalinya dalam pentas lakonan..oh my god..cabaran yang terlalu besar dan berat tapi ia juga sebenarnya menarik perhatian aku. memahami naskah sebagai seorang pengarah lain tafsirannya, memahami naskah naskah sebagai seorang pelakon, begitu memberi tamparan hebat pada aku, kerana naskah Dari M ke M ini adalah hasil arahan pertama aku sehingga aku berjaya menggengam Ijazah sarjana muda seni persembahan Drama...aku perlu berani berhadapan dengan pelbagai soalan dari pihak luar sana.

M ke M...naskah ini terlalu serat dengan isu yang berlaku di malaysia, pergolakan hidup, perbezaan status, sikap ingin memusnahkan hak orang lain kerana dendam masa lampau...dan inilah yang sering berlaku di sekitar kita. merealisasikan di pentas dan menjadikan setiap butir kata menjadi medium penyampai kepada penonton, adalah sesuatu yang sukar, namun dengan usaha...kami buktikan...

mengenggam bara biar sampai ke akar umbinya, alang-alang aku ke depan, undur tidak sekali. aku hanya mahu berkarya, aku mahu menyelami setiap perasaan dan jiwa manusia bernama Adi..ADI VS JAA RASED...anda semua boleh melihat aku sebagai perempuan, tapi aku mahu anda semua melihat aku dari sudut pandangan lelaki....selamat menonton Dari M ke M..............

1 comment:

  1. Fuuyooo...
    Aku tabik spring kat mu Jaa. Sebab amik peranan yang sangat besar. aku yakin mu boleh jaa. jangan putus asa dalam hidup ni Jaa. Apapun, seni n hidup mesti ters. insyaallah aku g tengok show mu. semoga berjaya Jaa.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya