1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Friday, April 4, 2008

Mac yang manis

SEPANJANG MAC

Ada yang menarik, ada yang menyedihkan, ada yang membahagiakan..dan macam-macam perasaan yang terjah sepanjang mac ini. Yang amat membuatkan malam aku berlalu begitu pantas adalah projek Dari M ke M..inilah projek pertama yang aku buat proposal dengan kerjasama dari Mekar Budaya Production. Sebaik sahaja projek ini diberi tempat dan peluang untuk mementaskan karya yang dulunya adalah projek akhir aku di UM. Semangat berkobar2 untuk melaksanakan begitu membuatkan aku teruja. Pengalaman dan cabaran dalam menjayakan projek begitu menyukarkan aku. Pelbagai masalah yang timbul tapi aku mampu tangani dengan adanya kakak ku..kak lenny..jutaan terima kasih kerana sentiasa ada dengan aku untuk menyelesaikan kekelutan ini, begitu juga dengan abang nasri. Walapun pada awalnya posisi aku adalah sebagai pengarah, namun kerana Mekar Budaya dan juga insane-insan yang sentiasa rapat dan memahami menjadikan aku seorang pencabar.

Naskah ini seakan berhantu, agaknya waktu kak lenny menulis, banyak hantu yang menggangu kot..jangan marah kakak..naskah tetap hebat. Menyahut cabaran untuk menjadi seorang lelaki, mempunyai jiwa seorang lelaki amat menyukarkan aku. Tidak pernah terfikir untuk aku mencuba watak sebagai lelaki sepanjang aku terlibat dalam lakonan. Tapi dengan keadaan dan kesuntukkan masa, aku perlu memaksa diri aku untuk turun padang. Posisi pengarah kini bertukar tangan. Kak lenny, aku kenal dengan stail keja kak lenny. Seorang pengarah yang cerewet, detail…dan juga aku perlu menyiapkan diri aku untuk berhadapan dengan situasi yang agak kecemasan. Bermulanya latihan, kak lenny tidak banyak mendesak aku untuk menjadi lelaki..biar jiwa dan rasa seorang lelaki yang perlu aku cari.

Aku tidak punya banyak masa untuk mempelbagaikan stail lakonan..tapi dek kerana pengalaman..aku Nampak apa yang perlu aku lakukan..akhirnya..samapi satu tahap..aku mengalah dan menangis..bukan kerana kak lenny memaksa, tapi aku dapat rasakan yang aku tidak mampu lakukan untuk persembahan ini.
Dengan berkat kepercayaan Mekar Budaya, aku teruskan juga dengan niat yang satu..buat sehabis mampu. Itu yang cuba aku lakukan. Sahabat yang sentiasa menyuntik semangat..ismaliza..saban waktu menemani dan sama2 mengerjakan naskah ini, walaupun isma perlu berkorban assignment dan juga kelas..terima kasih atas pengorbanan..isma banyak bantu jaa..aku yang banyak putar skrip atas isma, tapi isma seorang pelakon yang cekap dengan menutup kelemahan dengan action yang menarik. Ini kali pertama aku dan isma berada di pentas yang sama, di ruang lakon dan punyai kaitan antara watak. Walaupun cemestry kita begitu kuat tetapi untuk mencapainya di pentas lakonan agak sukar. Terima kasih kerana begitu banyak memberi sesuatu yang tak akan aku lupakan.

Bercakap mengenai watak Adi ..ia agak bersahaja dan simple tetapi dalaman itu yang penting, walaupun aku tidak pernah rasa jiwa seorang lelaki tetapi aku cuba mencungkil sejauh mana dendam lelaki pada kisah lampau, dendam lelaki pada perempuan dan bagaimanakah perasaan lelaki apabila kehidupannya diperkotak-katikkan.??wow…susah beb..tapi aku rentas jugak, dengan berkat usaha kakak aku sorang ni..itulah yang mampu aku buat…terpulanglah pada penonton yang datang….terima kasih kepada yang membantu…jumpa lagi…salam…

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya