1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Sunday, May 11, 2008

Setulus Hatimu......



PERMATA KU...

engkau seumpama permata suci
menunaskan benih-benih suci
tulus melahirkan zuriat insani
di penjuru kepayahan
di penjuru pengorbanan
berpecikan sinar keredhaan..

engkau seumpama permata kasih
bertakhta di persada sanubari
setia mendodoikan belaian kemanusian
di pojok tanggungjawab
di pojok kewajipan
berhamburan cahaya kepasrahan

engkau seumpama permata cinta
teguh di perdu nurani
menzikirkan doa-doa kemulian
di jendela keimanan
di jendela ketakwaan
berlimpahan kilau kerelaan

engkau seumpama permata syurgawi
mewangikan haruman ketenangan
menyegarkan kelopak kesyukuran
di pintu kerahmatan
di pintu keberkatan
di bawah kurniaan keagungan-Nya..

selamat hari ibu mak..kasih sayangmu tidak terbalas oleh jutaan wang sekalipun...pengorbananmu tidak mampu ku balas dengan harta yang menimbun..
.doaku sentiasa mengiringgi mu mak....

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya