1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Saturday, May 24, 2008

Tamatnya produksi Teater Moden

selama hampir dua minggu aku balik rumah jam 2pagi setiap hari semasa proses bump-in di panggung eksperimen aswara. penatnya..tuhan saja yang tahu..tapi kerana minat dan impian ingin melihat sesuatu produksi berjalan dengan lancar, aku anggap itu hanyalah rencah sebagai manusia dalam melalui proses kehidupan dalam meninggkatkan mutu dalam pencapaian yang diimpikan. melayani karenah pelajar tahun satu memberi aku satu cabaran untuk bergelar seorang pendidik dalam bidang kesenian. rata-ratanya pelajar ini datangnya dari latarbelakang yang berbeza..mereka masih muda dalam mengenali arus budaya kesenian. kepenatan aku dibayar dengan hasil kerja berkumpulan yang pada aku agak kurang. sebenarnya mereka ini ingin melaksanakan satu persembahan yang bagus dan punya semangat yang tinggi dalam kerja yang mereka lakukan tapi aku tidak tahu dimana silapnya hingga mereka kurang dalam memberi tumpuan dalam kerja produksi dan juga komitmen. komitmen dan kerja kumpulan dalam melaksanakan sesuatu persembahan perlu diberi perhatian dan fokus yang tajam kerana di sinilah kita dapat melihat kesungguhan mereka dalam bekerja dalam produksi

sepanjang proses latihan hingga ke hari persembahan, aku agak kecewa dengan sikap mereka yang tidak mementingkan proses latihan, proses run teknikal, proses dry run..sayangnya mereka mengganggap proses itu tidak penting dan memenatkan kerana perlu bergegas seawal pagi untuk menyiapkan diri ke panggung. tidak semua yang enggan mengikuti proses,walaupun hanya segelintir tapi ia melibatkan semua orang yang bekerja dalam produksi. mereka bertuah kerana mengenali seorang guru seperti AHMAD YATIM, walaupun kadang-kadang cikgu aku seorang ini punya sesuatu yang sukar untuk aku faham, tapi alhamdulilah..cikgu aku ini terlalu menghormati setiap keputusan yang dibuat oleh pelajarnya walaupun dalam masa beliau mempunyai idea yang bercanggah. namun demi tugas seorang pendidik beliau akur dengan kehendak pelajarnya. sepanjang aku berada dalam proses ini, makin aku mengenali beliau.. sayang andainya pelajarnya tidak mengaplikasikan segala ilmu yang diberi sepanjang proses ini berlaku...

beginilah perasaan seorang pendidik andainya pelajar langsung tidak mengendahkan kemahuannya..begitulah yang aku rasa, namun aku bertindak secara profesional, marah itu adalah asam garam jika berlaku ketidakpuasan, bukan aku saja-saja nak marah mereka tapi sikap tidak ambil kisah dan kurang komitmen membuatkan aku perlu bersuara, tapi ada satu yang aku bangga dengan mereka..mereka buktikan kesungguhan mereka dalam persembahan tapi mereka kurang mengenali apa itu PROSES LATIHAN.

hari pertama persembahan DI KAMPUNG DI KOTA, aku agak terkejut kerana sepanjang tempoh latihan, segalanya kurang dalam team ini, tapi pada malam persembahan aku teruja dengan energy yang tidak putus antara satu sama lain, cara lontaran vokal yang jelas dan kadangkala ada juga vokal yang tenggelam kerana deraina gelak dari penonton namun mereka berusaha untuk mencapai sesuatu dalam persembahan pada malam itu. timbul secubit kepuasan dalam hati aku..

manakala PEGAWAI KHALWAT tidak memberi impak yang besar seperti mana yang sering mereka lakukan dalam latihan. watak khairiah yang membinggitkan telinga aku pada malam itu. bermula dia muncul di pentas hingga ke akhir persembahan, lontaran vokalnya yang menjadikan telingga aku binggit untuk mendengar setiap baris ucapan dialog. dia terlampau menjerit hingga menggangu emosi pelakon lain kerana terkejut dengan emosi yang di ekspresskan tidak menepati dengan pengucapannya..di akhir persembahan aku menginggatkan pada dia, warm-up suara amat penting kerana ia akan membantu seorang pelakon untuk bersedia melawan debarab dan kesejukkan di dalam panggung.

walau mana pun..aku mengganggap persembahan ini berjaya dari keseluruhan tapi jika di kira setiap satu watak, teknikal, pengurusan, kerja-kerja dibelakang tabir, masih perlu diberi perhatian yang sewajarnya untuk sesi akan datang...teruskan usaha...melangkah ke hadapan bersama tradisi...

salam perjuangan................

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya