1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Saturday, May 24, 2008

UNTUK LELAKI YANG PERNAH KU CINTAI




Untuk lelaki yang pernah kucintai…mohd farish halim
Ada musim yang terindah dalam hidupku
Ada cinta dalam tangisku
Ada lagu dalam senduku
Sedetik kenangan di musim lalu…
Untuk lelaki yang pernah hadir dalam hidupku…
Perlu kau tahu dalam diriku
Masih bersisa setitis bahagia
Pernah singgah dalam pelukanmu
Juga derita dan carik luka
Sempat berpaut pada kenangan
Bisa membuat airmataku
Mengalir darah yang paling hitam
Buat lelaki yang pernah mencintaiku
Masih ku damba cinta yang lalu
Pernah berlabuh di muara hati
Biar dekad berganti dekad
Biar musim datang dan pergi
Demi untuk kalian
Wahai lelaki yang pernah ku kasihi
Ku utuskan puisi yang tersisih ini
Buat kenangan dan titipan
Tanda cinta tak pernah terpadam
Dari hati seorang perempuan yang tulus
Untuk lelaki yang pernah kucintai
salam maaf dariku..terima kasih kerana pernah menghargai diri ini walau pun sedetik cuma...


3 comments:

  1. jiwa lelaki i tersentuh bila i baca entry ni..oh my god..kenapa tidak pernah ada dendam dalam jiwa u ija..anyway..i akan tetap menjadi bestfriend untuk u..walaupun..ermm..nanti u marah lak if i sebut...

    ReplyDelete
  2. ija..lupakan kisah lampau..binah kisah yang baru..andainya tersadung atau terluka untuk bangun membina hidup baru..terimalah hakikah bahawa u sentiasa belajar untuk menerima setiap kegagalan dalam hidup..i doakan u sentiasa bahagia meniti kehidupan yang bakal u tempuhi..

    ReplyDelete
  3. kadang-kadang dalam kehidupan ada pahit dan manisnya tapi percayalah..satu hari nanti bakal ada kemanisan dalam kehidupan...inilah dugaan yang perlu u tempuhi..seperti cerita-cerita dalam entry u...kesabaran sentiasa teruji dek kerana kesungguhan kita...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya