1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Monday, June 2, 2008

BILA MANUSIA HILANG PERTIMBANGAN





“ Vertigo berasal dari bahasa Latin VERTERE yang membawa maksud memutar. Nama ini diberikan kepada sesiapa yang merasakan dunia sekeliling berpusing hingga hilang keseimbangan. Vertigo adalah sejenis penyakit dengan gangguan keseimbangan yang ditandai dengan perasaan berputar, dunia serasa bergoyang, benda sekeliling berputar, rasa mahu jatuh bahkan terjatuh disertai dengan mual, muntah, peluh sejuk. Merasa lebih baik jika berbaring, tapi Vertigo terus berlanjut meski pun tidak bergerak sama sekali, adakalanya merasa senang bila ditutup mata dan Vertigo berulang saat mata dibuka ”

Vertigo baru sahaja selesai minggu lalu, 23 mei hingga 25 mei 08 yang di pentaskan oleh Pelajar Tahun 2, Fakulti Teater ASWARA, pementasan ini adalah salah satu teater yang berbentuk Eksperimen, dibawah arahan Namron. Pastinya karya ini menarik minat penggiat teater yang datang untuk melihat karya terbaru Namron.saya datang untuk kedua-dua pementasan ini, rata-ratanya mendapat sambutan yang membanggakan. Kebanyakkan penonton pada malam kedua itu adalah insane-insan yang sentiasa mengikuti perkembangan karya dan arahan Namron. Semestinya Pelajar Tahun 2 patut berbangga bekerja dengan insan yang tidak pernah kering dengan idea untuk berkarya.


Kita kembali pada Vertigo. Pertamanya, saya cukup tertarik dengan garapan korus yang kita boleh tafsirkan dengan pelbagai maksud. Korus adalah peranan penting dalam Vertigo adalah kerana korus menunjukkan situasi yang sedang berlaku , emosi yang berputar-putar pada watak. Sungguh menganggumkan tapi bagi saya secara peribadi, saya melihat kekurangan yang ada pada korus adalah energy dan juga stamina yang mana bagi saya dua perkara itu adalah amat penting untuk menzahirkan pada penonton secara tepat dan juga memberi impak yang besar. Apabila kita sebut teater Eksperimen, seluruh anggota tubuh kita adalah penggerak emosi dalam menyampaikan mesej kepada penonton. Saya melihat kekurangan itu pada Vertigo. Mereka tidak mencapai energy yang besar kepada penonton dan diri mereka sendiri. Gerakkan mereka agak tidak bermaya dan bagi saya kurang memberi impak. Saya lihat dari sudut yang bersifat eksperimen, kerana pada saya, bentuk eksperimen adalah satu teater yang pada asasnya terletak pada energy, stamina pelaku di pentas, kerana apabila kita lihat secara ilmiah dan skop yang lebih jelas, pergerakkan yang melibatkan bahu atau gerak-gerak yang kecil juga memerlukan makna supaya emosi dapat di buktikan melalui pergerakkan kerana gerakkan itulah yang dapat menafsirkan pelbagai cerita.

Sebagai pelaku cerita di tangan generasi muda seperti Pelajar Tahun 2 ASWARA, kurang memberi impak kerana mereka tidak berpegang pada asas Eksperimen. Saya ingin menyentuh tentang satu watak yang agak menarik untuk saya kupas,..watak Hadi dewasa. Dari segi fizikal kita dapat lihat hairi yang membawa watak hadi yang sedang menginjak usia. Saya juga percaya yang Hadi menjangkaui usia tua tetapi saya tidak merasakan jiwa Hadi saat dia bercerita detik-detik indah dan sengsara sewaktu Hadi bersama Saedah. Malahan dari segi pengucapan Hadi kurang jelas lontaran dialognya dan ini membuatkan setiap ucapan yang dilafazkan tidak memberi makna yang mendalam, padahal setiap dialog itu amat menarik jika diberi pemahaman yang lebih kerana dari situlah segalanya titik permulaan dan pengakhiran ceita., tetapi walaubagaimanapun ia dapat diselindung dengan perwatakkan yang dia bawa. Ini tidak bermakna Hairi gagal membawa watak itu tetapi pada saya masih banyak yang perlu dia lakukan sebagai seorang pelajar kerana ini juga adalah salah satu proses pembelajaran.

Tahniah untuk anda kerana Berjaya melalui proses Vertigo yang penuh dengan kekaguman yang dilahirkan oleh pengarah berbakat seperti Namron. Secara keseluruhan cerita, mereka Berjaya menterjemahkan apa yang bermain difikiran Pengarah. Bila dikaji dalam aspek pembelajaran, banayk perkara yang perlu diteliti dan dikemaskan agar persembahan akan datang menjadi semakin matang.

Bila manusia hilang pertimbangan semuanya akan jadi tidak menentu. Vertigo menjadikan manusia hilang kawalan. Mencari diri dan titik focus untuk berdiri secara normal dalam kehidupan. Kerana vertigo, kehidupan yang manis akan hilang dan muncul tidak mengenal waktu. Sadisnya hidup andai vertigo menyinggah diri manusia yang sedang membina empayar kehidupan….


No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya