1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Tuesday, June 3, 2008

THE LESSON 9 JUN 2008, 8.30 MALAM- PANGGUNG EKSPERIMEN ASWARA




The Lesson merupakan sebuah naskhah Absurd karya Eugene Ionesco. Mengisahkan tentang kehidupan seorang Professor yang obsess terhadap pelajar-pelajarnya. Professor tinggal di sebuah pangsapuri bersama Orang Suruhannya yang bernama Gloria. Pangsapuri itu juga merupakan kelas tempatnya mengajar. Seorang Anak Murid telah datang belajar dengan Professor sebagai persediaan untuk menghadapi Ujian Ijazah Kedoktoran Tertinggi.

Pelajaran dimulakan dengan Ilmu Kira-Kira. Anak Murid boleh menjawab dengan cemerlang dengan elemen tambah tetapi tidak boleh menjawab dengan betul untuk elemen tolak. Professor mula stress sedikit demi sedikit. Semasa proses pembelajaran sedang berjalan berlaku beberapa perkara yang menyebabkan perubahan mood Professor dan Anak Murid. Professor telah menerima amaran-amaran daripada Gloria namun tidak dipedulikannya. Apabila Professor masuk kepada ilmu bahasa, dia sudah seperti tidak dapat mengawal perasaan dan emosinya ketika itu. Anak Murid pula sudah menunjukkan reaksi yang kurang menyenangkan. Dia sudah tidak menumpukan perhatian pada pembelajarannya. Apabila keadaan itu terjadi, Professor tidak boleh mengawal tingkahlakunya lagi. Dia telah membunuh Anak Muridnya dengan kejam. Dia juga telah membunuh 40 orang Anak Muridnya yang lain pada hari yang sama.

Namun disebalik kajadian ini, terjadi sesuatu perkara yang tidak dijangka. Rupa-rupanya Professor telah mati. Gloria telah berlagak sebagai Professor setelah membunuh Professor dengan kejam dan ini bermakna Gloria juga telah membunuh Anak-anak Murid yang lain. Gloria akan melakukan perkara tersebut berulang-ulang kali dan ketika melakukannya dia berada dalam keadaan tidak sedar dan berada dalam halusinasi dan delusinya sendiri.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya