1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Tuesday, June 3, 2008

PELAMIN SAHABATKU MUSNAH!!

Pada 28 mei jam 1 pagi aku terima panggilan dari sahabatku..berita yang aku terima mengemparkan jiwa dan hatiku..bagaimana gamaknya keadaan dia tika itu..tapi sebagai sahabat aku hanya mampu berdoa agar dia berada dalam keadaan waras. hari-hari yang indah akan tiba tiga hari lagi..ya Allah..dugaan hebat ini kau turunkan untuk dia..tapi inilah takdir namanya dalam sebuah kehidupan yang dicpta sebaiknya. mungkin ada hikmat atas apa yang terjadi. sebagai manusia kita hanya merancang tapi yang selebihnya yang DIATAS lebih mengerti akan hikmat yang akan berlaku. Tunang sahabatku berbulan madu dengan perempuan lain saat-saat sahabatku meniti kegembiraan membilang hari untuk menjadi isterinya yang sah. aduh..sakitnya menerima dugaan ini. aku tahu amat perit untuk dia menerima kenyataan ini tapi apa yang terjadi adalah petunjuk yang terbaik dari ALLAH. beruntungnya dia kerana mengetahui sebelum sah menjadi isteri kepada lelaki yang tidak punya sifat tanggungjawab.

aku hanya mendengar setiap bait kata-katanya dalam sendu. aku memahami jiwanya tika itu tapi yang mampu aku lakukan adalah menjadi pendengar setia. walaupun pedih kebenaran tapi itulah yang perlu kau terima. kehidupan kita masih panjang....
untuk sahabat ku....

hidup,
indah jika berteman...
kosong bila terpesong...
penat jika tersalah...
musnah jika tergadai...

hati,
kalut bila diuji...
senang bila diberi...
bungkam jika dkhianati...

akal,
zahirkan kekuatan...
bukan salahkan perbuatan...
tapi cari penyelesaian...

kudrat,
serlahkan keazaman...
terjemahkan keinginan...
tepis semua tomahan...

DIA,
sumber kekuatan...
beri keyakinan...

Wahai sahabatku... Lelaki yang baik dan soleh, akan datang kepadamu, dengan segala kerendahan hati, memohon kemaafan, menawarkan kepadamu hubungan yang halal dan terhormat. Dia datang untuk meminang dan mengahwinimu. Lelaki pada dasarnya akan mencari wanita terhormat dan bukan wanita jalang atau rosak akhlaknya. Lelaki yang baik pasti tidak rela melihat anaknya keluar dari rahim ibu yang keji dan apatah lagi untuk membesarkan dan memelihara anaknya.

Wahai sahabatku... Dirikanlah wadah dalam bentuk lembaga dan persatuan dari kalangan kamu sendiri yang anggotanya terdiri daripada para cendiakawan, guru dan mahasiswi. Wadah yang berusaha untuk mengembalikan wanita-wanita sesat kepada jalan kebenaran. Ancam dan takutkan mereka dengan firman-firman Allah. Sekiranya mereka tidak mahu mendengar dan tidak rasa takut lagi, maka berilah gambaran bahaya penyakit yang akan dideritainya. Sekiranya segala usaha penyelamatan yang dilakukan kepada mereka tidak berhasil. Ya cukuplah... kau perlu menukar sasaran. Lakukan pencegahan kepada mereka yang belum terkena.

di situ ketentuan...salam perjuangan...............maaf andai titipan ini mengguris hati kecilmu..tapi ketahulah begitu ramai yang menyanyangi dirimu.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya