1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Tuesday, June 3, 2008

SEBUAH PERJALANAN

"Jiwa... Jangan menangis kerana rindu itu telah lama berakhir... didalam senyum insan yang berhati dingin" - Perindu
Putri, jangan menangis
Hapus air mata
Di wajah cantikmu

Putri, kepergianku
Tak akan lama
Tahan rindumu

Putri, seandainya saja
Kubisa, menghentikan waktu
Kuhentikan waktu

Bila kau rindukan aku putri,
Coba kau pandangi langit malam ini, aku di situ
Bila itu tak cukup mengganti
Cobalah kau hirup udara pagi, aku di situ

Mungkin dengan perpisahan
Kita kan mengerti erti pertemuan

Putri, percaya padaku
Ini hanya likuan hidup
Yang pasti berakhir
Masa telah lama berlalu pergi, musim telah lama silih berganti namun saya masih tetap disini, tetap seperti dahulu... mungkinkah?

Seharusnya saya patut berlalu, perjalanan masih panjang walaupun masa semakin singkat. Benar kata seseorang "Semakin rapat seseorang, semakin kurang masa bersama" dan kini saya akui ia... Mungkin jua kerana itu saya senantiasa memilih jalan kesunyian. Sekurang-kurangnya sedih,susah mahupun senang saya tetapkan sendirian, ah semakin meningkat usia ini saya harus akui satu perkara, akan tibanya satu detik nanti yang saya ingini adalah seseorang untuk saya bicara... barangkali bila mula wujud uban dirambut ini... barangkali jua.

Sejujurnya saya masih tidak ketemui jawapan yang dicari mungkin jua kerana terlalu lama saya sendirian di kembara ini menyebabkan saya telah terlupa persoalan yang ditanya mahupun untuk apa saya mencarinya. Mungkin jua masa yang wujud bersama ruang ini menyebabkan sekeping hati menjadi dingin dan alpa pada semua itu. Ah segalanya berkebarangkalian bukan?

Sedetik wujud dihati, inikah yang dinamakan ketabahan atau mungkinkah hati ini sudah kehilangan rasa? Mungkin jua disebalik wajah yang ceria dan senyuman yang hangat tersembunyi satu hati yang dingin yang mana hangat tidak lagi bisa menyentuh? Mungkin jua parut yang tidak lagi berdarah itu masih terasa pedihnya? Ah ironik bukan bilamana kita ralit mencari jawapan pada persoalan sedangkan ia sudah lama berada disisi kita? Sungguh rahsia itu dinamakan rahsia kerana ia adalah sesuatu yang mudah dan seringkali dilihat cuma mungkin kita alpa dalam mengenal apa yang kita cari menyebabkan kita sering tersasar. Ah bukankah kita tak mampu melarikan diri dari melakukan kekhilafan.

Mungkin kerana luka lama wujud kembali, ah terkadang masa dan ruang waktu yang dipenuhi warna warni kehidupan menyebabkan kita terlupa luka yang pernah wujud.. ternyata masa tidak mampu merawat luka ia sekadar menyebabkan kita terlupa .... Bukankah mudah rupanya bergelar perfect melancholy ... Bilamana ruang bertingkah waktu pastu rasa itu akan kembali... barangkali jua kewujudan diri hanya untuk menggembirakan hati hati yang resah dan masa yang wujud akan menghilangkan segala kenangan yang tercipta.... Mungkin jua segala rasa itu bukan lagi milik diri....

Salam kasih sayang salam kerinduan buat semua teman.. .Semoga rindu kalian kan bersatu kerana walau dimana kita berada kita kan tetap menatap rembulan yang sama.
".... Ternyata masa tidak menyebabkan aku tabah, tidak jua menyebabkan aku lemah, namun masa telah menyebabkan aku semakin resah bilamana jawapan tiada kutemui lantaran soalan yang telah aku lupakan!" - Perindu

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya