1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Monday, July 7, 2008

PERISTIWA DI HARI MINGGU

kak lenny akan beraksi kembali..tapi aku tak berkesempatan..gud luck my sis...
selingan sewaktu perbincangan,gara-gara aku tapi dilayan jugak..he..he..
kenangan di petang ahad....
aku suka lorong ni..bukan lorong hai taib tau...hu..hu...best sekali!!!!!!!!!!!!!!!!


Hari sabtu dan ahad adalah saat yang aku nantikan. petang minggu kali ni aku gunakan sepuas hati setelah sebulan jadual harian aku padat dengan persembahan yang silih berganti di aswara. melepaskan penat dirumah, boring pulak, maklumlah tinggal berdua, intan pulak sibuk dengan kerja pentas BUKAN DEJAVU. aku telefon isma, isma bertungkus lumus latihan untuk KL FRINGE di DBP. aku pergi untuk menyibukkan diri. sudah lama aku tak jumpa dengan zamri, kak leny dan wazir.bukan senang nak bertemujanji dengan mereka, masing-masing sibuk dengan kerja mereka, begitu jugak dengan aku.


bila berjumpa, pelbagai cerita kami kongsi..hu..hu..aku memang happy dengan kalian. terutama wazir(musuhku..) gara-gara streamyx..tapi dah ok kan..jangan kecik hati yer adikku..biasalah angin monsun barat daya melanda,macam tu lah jadinya. dengan zamri aku dah lama tak jumpa, masa kat aswara pun sekejap sangat jumpa, sibuk, sori zam..tak dapat nak berbual panjang hari ko datang aswara. maklumkan time bekerja. menghabiskan petang minggu dengan cerita indah, sedih dan macam-macam. zam and wazir adalah tulang belakang KL FRINGE, kerja kalian memang tip top. walaupun tidak dijanjikan dengan ganjaran yang lumayan tapi kalian tekun dan penuh dengan kesungguhan. i'm proud of you guy's!!


petang minggu yang ceria bercampur dingin akibat masalah-masalah dalaman, kami rakamkan kenangan pada beratus gambar agar hati kembali ceria dari kegusaran harian. sabarlah isma, ada baiknya apa yang berlaku. menumpukan perhatian pada kuliah disaat ini lebih bermakna. peluang sentiasa terbuka untuk kita melaksana kerja-kerja seni dan mencari kepuasan dalam berkarya.


aku tidak berkesempatan untuk melihat persembahan kak leny kerana aku bercuti panjang. mencari sesuatu dalam kehidupan. aku doakan persembahan kalian berjaya dan best sekali!!!! aku rindu untuk berkolobarasi dengan kalian. pasti akan tiba!! salam di hari minggu




1 comment:

  1. wow..bestnye..mesti banyak u take ur pic kan!!!he..he...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya