1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Thursday, July 31, 2008

PERJALANAN KE KOTA SUCI

14 Julai 2008 jam 10.00 pagi aku berangkat dari aiport terengganu ke KLIA. perjalanan ke kuala lumpur hanya mengambil 50 minit. tibanya aku di KLIA, kami perlu menunggu untuk penerbangan ke Madinah. jantung aku tidak berhenti sejak dua tiga hari, perasaan bercampur..teruja,takut, sedih, gembira. entahlah, aku sendiri tidak dapat gambarkan perasaan aku waktu itu. hanya tuhan yang tahu segalanya. yang aku pohon adalah keberkatan dan keselamatan aku di sana.


perjalanan dari kuala lumpur ke Madinah mengambil masa 8 jam. puas aku pejamkan mata aku tapi ada sesuatu yang mengganggu aku untuk terus bermimpi di awan biru. hatiku merindui sesorang..aku cuba menafikan tapi perasaan tu makin kuat datang. adakah ini petunjuk awal yang Allah bagi untuk hambaNYA yang membawa sejuta dosa. Ya Allah..ampunkan aku..selamatkan aku daripada perkara yang buruk.tempat duduk aku sebelah tepi tingkap, gerun aku tengok awan, gunung ganang..kayanya nikmat yang Tuhan ciptakan, penuh dengan keindahan. lamunan aku dikejutkan oleh sapaan pramugari SAUDI AIRLINE yang tip-top(cantik ler). makanan boleh tahan tapi aku takut nak makan banyak, buatnya nak terbuang air besar, nahas aku nanti. aku tak berapa selesa untuk berangan dalam toilet yang bergerak..hu..hu...layanan pramugari saudi airline memang class. wa caya sama lu. perjalanan berhenti seketika di RIYARD menurunkan penumpang yang hampir separuh. jam 6 petang di RIYARD, jam 1 Tengah hari waktu Malaysia. tapi aku pelik jugak..sebab bertolak dari kuala lumpur 3.30 petang. erm entahlah..tak mahu fikir,fening..lebih baik aku fikir perkara yang lebih penting.


tepat jam 7.30 malam aku tiba di madinah. terminal nya sangat kecil jauh berbanding malaysia. hu..hu..sebenarnya aku rindukan malaysia waktu tu. untuk sampai ke dalam terminal, kami perlu menaiki bas perantara..macam RAPID KL jugak ler, tapi bas ni takda tempat duduk. kesian kat mak aku. tapi tak apalah dan berjam-jam duduk dalam flight, boleh kebas dibuatnya. sampai kat tempay yang dituju, terpaksa beratur untuk pemeriksaan kastam. ada sesuatu yang mengejutkan aku, aku ternampak kelibat Tunang aku..Ya Allah...terkejut aku dibuatnya, bila ayah menyuruh aku menarik hand carry mak..selepas yu, aku mencari kelibat dia tapi dah takda. Nak menangis je time tu. setelah selesai urusan, kami menaiki bas untuk ke hotel. kami di pimpin oleh Ustaz Amja. sewaktu dalam bas, ustaz amja memberi penerangan serba sedikit berkenaan Kota Madinah. aku teruja apabila ada dua jalan untuk menuju ke Madinah..satu jalan untuk bukan muslim dan satu jalan untuk muslim. betapa hebatnya kekuasan Tuhan. kesibukkan madinah hampir sama dengan kuala lumpur cuma jalannya lebih besar berbanding Malaysia, maksud kelebarannya.sampai sahaja di hotel tempay kami menginap..TAIBAH HOTEL,yang paling best..berhadapan dengan MASJID NABAWI...bersambung....


suara hati : mukjizat tuhan terlalu agung

1 comment:

  1. perjalanan yg menarik..mesti best kan..28 august i ke sana..ramadhan di tanah haram...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya