1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Wednesday, July 9, 2008

SINARAN CINTA

Tepat jam 3 pagi hari ahad, aku terbangun dari tidur, aku menangis, hati aku sebak dan sayu, jiwa aku seperti ingin menjerit sekuat hati. mimpi yang baru aku alami amat menakutkan. aku mimpi Tunangku di timpa kemalangan di depan mata aku sendiri. aku bangun dan mencari telefon bimbitku dalam kegelapan pagi, dengan pantas aku mendail nombor telefon dia sambil aku menangis. sebaik sahaja aku mendengar suaranya di hujung telinga aku..hati aku bertambah sayu. dia kehairanan dengan sikap aku. katanya"apasal menangis pagi-pagi ni, awak,tido dulu ok, esok pagi saya call awak" hati aku bertambah sayu, adakah sudah hilang atau kurang kasih sayangnya pada aku selama ini??? aku kembali ke katil, tapi tidak mampu untuk meneruskan mimpi lagi. macam-macam perkara yang berlegar di ruang fikiran aku. aku takut dengan mimpi,
mimpi ini muncul untuk mengingatkan aku bahawa aku perlu memberi ruang untuk dia memahami aku. selama ini aku terlalu sibuk dengan kerja hingga aku terlupa untuk bertanya khabar walaupun hanya sms. kejam kah aku? tidak!! aku cuba mencari ruang dalam diri aku. hinggalah datangnya mimpi seburuk itu. aku takut kehilangannya..itu yang terdetik di hatiku. aku menangis semahu hati aku bila mengenangkan perlakuan aku pada dia selama ini yang sentiasa sabar dengan sikap aku. aku bangun dari katil dan membuka lampu, mencari cincin pertunangan aku yang sudah lama tidak tersarung dijari aku. berkali aku mencium cincin itu dengan deraian airmata.

tepat jam 7 pagi, Tunang aku menelefon dan bertanya tentang perkara semalam. aku menceritakan tentang semua mimpi-mimpi buruk pada dia. tapi dia terlalu berbahasa ' hanya mimpi, mainan tido,jangan percaya sangt, walaupun awak rasa banyak salah awak pada saya..tapi saya tetap sayang pada awak' ...lagi sekali airmata ini gugur tidak tertahan. kenapa selama ini aku buta untuk menilai kasih dan perhatian dia pada aku. mungkin selama ini aku ego kerana bagi aku, dia tidak ada hak untuk mendekati aku, tapi kini aku faham, kenapa mak terlalu gembira apabila aku menerima lamaran dia sebagai teman hidup aku dunia dan akhirat. kerana mimpi di pagi minggu, segala-galanya berubah menjadi baru. aku boleh bergurau dan menelefon dia. aku tahu belum terlambat untuk aku belajar menyintai pilihan mak. terima kasih mak dan ayah kerana memberi aku segala-galanya yang bererti dalam hidup.

suara hati : mogo jodoh ini kekal hingga ke akhir hayat. jauhkanlah pasangan ini daripada manusia yang kejam.

1 comment:

  1. Tuhan telah bukakan pintu hatimu kakak

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya