1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Wednesday, August 27, 2008

KEMERDEKAAN HATI

Hari ni,ada berita gembira dan sedih yang aku terima. berita gembira aku dahulukan untuk memulaukan bicara di blog kesayangan aku yang telah lama tiada isinya. aku berpindah ke ANGGUN PURI CONDOMINUM,berpuasa di rumah baru agak penat. kerja-kerja mengankat barang-barang adalah satu penyeksaan dan ditambah pula dengan kerja kerja penyusunan dirumah baru. aduhai..penatnya tapi apakan daya.inilah lumrah apabila berpindah. akhirnya pencarian rumah sejak dari minggu lepas, berakhir juga. penat dan susah jugak untuk mencari rumah yang bersesuaian dengan harga pasaran.nasib badan lah bakal suami ku nanti. lagi berita gembira. ANWAR IBRAHIM menang di permatang pauh. fuh!!!alhamdulilah. aku tidaklah fanatik dengan politik yang sedang bergendang hebat sekarang tapi hanya seorang pemerhati yang tidak dibayar gajinya. moga-moga ada perubahan yang bakal berlaku di negara tercinta. SALAM MERDEKA UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA.


Berita sedih yang aku terima sewaktu sedang menunggu tuan rumah baru datang. di pinggiran jalan duta..dalam suasana yang aman,aku dikejutkan satu mesej dari bekas teman serumahku. katanya akan bertunang pada sabtu ini. tiada perkataan tahniah pun aku ucapkan padanya. entahlah..saat membaca mesej itu, fikiran aku teringat pada seseorang. adakah dia orang pertama yang mengetahu berita ini? atau sedang meratap mengenangkan ini berlaku terlalu pantas. aduhai temanku,hanya kesabaran yang mampu aku katakan padamu saat ini. untuk teman yang bakal menjadi hak milik separuh, sejujurnya aku cuba menerima berita ini dengan gembira tapi dengan sejujurnya juga aku kecewa. tapi ini lah takdir yang perlu diterima. moga kebahagian sentiasa hadir dalam kehidupan kalian.

inikah kemerdekaan hati? pada aku negara sudah 51 tahun merdeka, tapi hati aku masih belum merdeka. sukar untuk menerima keputusan yang akhirnya tidak berpihak pada kita. perlu aku ingatkan bahawa setiap apa juga jawapan yang diterima itu adalah satu keputusan. aku tak tahu nak tulis apa lagi, kerana saat ini mata aku perlukan rehat. katil memanggil2 aku...kita jumpa di entry yang lain.

suara hati: selamat menyambut ramadhan al-mubarak


1 comment:

  1. selamat berpuasa. maaf andainya masih terluka.cantik gambar di mekah. semoga bahagia hendaknya

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya