1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Tuesday, August 5, 2008

KENANGAN DI MAKKAH YANG INDAH

Aku dan rombongan tiba di makkah pada 17 julai jam 8mlm. kami sempat solat isyak di masjidil haram sebelum melakukan umrah. terkejut aku melihat puluhan juta umat islam yang solat di Masjidil haram. kami terpaksa solat di luar masjid, itupun kami terpaksa mencari tempat yang tidak memisahkan kami dari rombongan kerana ini pertama kali kami tiba di makkah setelah tiga hari di Kota Madinah. perasaan teruja aku melihat lautan manusia membuatkan aku terfikir bermacam perkara, namun aku abaikan sahaja. di makkah segala pelakuan dan percakapan perlu dijaga. untuk mengelak dari sebarang perkara yang tidak diingini. selesai solat, ustaz haji syukri yang memimpin kami, memberi penerangan tentang umrah yang bakal kami lakukan. aku asyik memandang wajah ustaz yang penuh dengan ketenangan. mak mengejutkan aku dari lamunan..he..he..setelah penerangan di perjelaskan, kami mengikut mutawif yang akan memimpin kami untuk Tawaf dan juga Saie.


Sebaik sahaja aku masuk ke dalam Masjidil haram, dari jauh aku melihat Kaabah yang tersergam indah, tetiba hati aku sayu dan sebak. tanpa aku sedari pipi aku basah..akhirnya sampai jua aku padamu Ya Allah. terlalu banyak dosa yang aku bawa untuk mengadap MU. Harumnya hanya tuhan saja yang tahu. sewaktu tawaf di lakukan, tak berhenti aku menangis, merintih padaNYA, minta diampunkan segala dosa, minta di tunaikan segala hajat yang aku bawa dari Malaysia. perasaan terharu dan segala macam perasaan bergelumang di hati aku.keterujaan pada kebesaran yang di atas, menjadikan aku hamba yang datang meminta sesuatu agar di perkenankan. tapi yang pastinya, dia MAHA PENGAMPUN, MAHA PENGASIH, MAHA PENGASIH DAN JUGA AL-AMIN.


Selesai tawaf dan saie, kami kembali ke hotel. di madinah aku tinggal satu bilik dengan mak dan ayah, tapi di makkah aku berasingan bilik dengan mereka. tapi bilik kami berdekatan, alhamdulilah..hotel kami amat dekat dengan Masjidil haram. melepaskan penat di katil yang empuk dan penghawa dingin yang menyejukkan, setelah berjam-jam di dalam bas..alangkah nikmatnya. tetiba hati aku sayu mengenangkan seseorang yang jauh di mata. adakah ini petunjuk yang Tuhan berikan? adakah ini alamat untuk aku mencintai dia dan menerima dia sepenuhnya dalam hidupku? hanya dia yang maha mengetahui segalanya. ketenangan yang aku perolehi di sini tak mampu aku dapat di tempat lain. besar dan agungnya kota makkah yang padat dengan sejarah nabi dan islam.


Hari kedua di makkah memberikan aku satu tamparan hebat pada aku sendiri. peristiwa yang pelik dan membuatkan aku termenung sejenak. kejadian ini berlaku selepas zohor. aku balik berasingan dengan ayah. sewaktu aku menuju ke tempat letak selipar, aku terkejut sebab selipar aku takda di tempat yang aku simpan. puas aku mencari tapi tak jumpa. aku pasrah dan redha. kejadian ini biasa berlaku. aku keluar dari masjidil haram dan berhenti sebentar, melihat cuaca di luar terlampau panas, 48'c..ya Tuhan, tak sanggup untuk memijak tar yang panas hanya beralaskan stokin yang nipis walaupun jarak hotel dengan masjidil haram 15 saat. walau macam mana pun, aku terpaksa jugak, kebetulan hari itu takda pulak penjual selipar yang berkeliaran di sekitar masjidil haram. dengan sepantasnya aku berlari, semakin aku lajukan langkah, semakin jauh jarak hotel aku. panasnya tapak kaki aku tuhan saja yang tahu. aku menangis tak berhenti, ampunkan dosa aku..itulah saja kata-kata yang keluar dari mulut aku.


Aku duduk di pangkin tepi jalan, menahan kaki dari kepansan, airmata tak berhenti membasahi pipi aku. sedang aku melayan fikiran yang bercelaru, aku di datangi seorang lelaki arab. dia duduk di depan aku dan mengeluarkan air dan membasuh kaki aku, terpana aku dengan tindakan dia, dia memandang aku dan menghulurkan saputangan miliknya, memberi isyarat supaya aku menyapu muka aku dengan saputangan yang basah. aku cuba bertanya dia dalam bahasa inggeris tapi dia tak menjawab pertanyaan aku. dia terus membasuh kaki aku dan menyejukkan kaki aku dan membuatkan aku lagi terkejut dia menyuruh aku memakai selipar yang dia pakai, padahal kaki dia tidak beralas apa-apa. selepas seliparnya aku pakai, dia bangun dan meninggalkan aku tetapi dia hilang dalam pandangan aku..dengan langkah yang perlahan, aku menuju ke hotel. tak sampai 5 saat, aku dah sampai di lobi hotel, ajaibnya kuasa tuhan. aku mendiamkan diri sebaik sahaja sampai dibilik. memikirkan apa kah hikmah di sebalik kejadian tadi? hanya tuhan yang maha mengetahui.


Kejadian tu aku ceritakan pada ayah setelah kami meninggalkan makkah kerana ayah seperti syak sesuatu pada aku sewaktu kami melakukan tawaf wida iaitu tawaf selamat tinggal. lelaki itu muncul lagi dihadapan aku. tanpa berkata apa2, hanya senyum yang dia lemparkan untuk aku. indahnya wajah dia tak terkata, bagaikan cahaya. siapakah lelaki itu? aku pelik..itulah soalan yang ayah usulkan pada aku. pada ayah aku ceritakan segalanya. jawapan ayah cukup menghibakan aku "itulah uniknya tanah haram, inilah hikmah yang tuhan tunjukkan pada hambanya agar sentiasa mengingati perintahnya" jawapan yang cukup jelas.


suara hati : petunjuk yang Allah berikan sudah cukup jelas untuk hambanya. terpulang pada hambanya untuk menerima. Tuhan sentiasa ampunkan dosa hambanya dan bentangkan setiap peluang untuk hambanya.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya