1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Wednesday, September 17, 2008

KISAH SEORANG GADIS


nurkilan ini untuk teman yang tika ini berjuang memulihkan cinta yang dibina selama 10 tahun. Rin,maafkan aku atas cerita ini,tapi kisah kau menarik untuk aku ulas pada blog aku. aku tahu ketabahan mu saat ini wahai sahabatku...hanya doa yang mampu aku pohon agar kau sentiasa tabah mengharungi kehidupan ini. Rin..luahan ini untukmu sahabatku....


""Bersama hari-hari semalam yang penuh luka, kau lalui hidup ini walaupun penuh derita dan sengsara. Ya, hari semalam telah mengenalkankau akan erti sebuah derita percintaan. Percintaan yang pada mulanya mengajar kau erti kebahagiaan mencintai dan dicintai, akhirnya memaksa kau menelan pahit getirnya perpisahan yang tak terduga.
Bukan kau pinta pertemuan jika akhirnya perpisahan yang mendatang. Bukan kau rayu untuk diri kau dicintai jika akhirnya kau ditinggalkan. Benarkah kata janji itu hanya manis di mulut tetapi menjadi racun berbisa jika ia tidak dikotakan. Ataukah kau yang terlalu berharap untuk memiliki hatinya sedangkan lelaki itu hanya ingin memainkan perasaanmu? Butakah cinta kau atau bersalahkah kau yang terlalu mengharapkan dia untuk mengisi bunga-bunga cinta disegenap ruang hatimu.


Kau tahu cinta bukannya paksaan dan paksaan dalam bercinta hanya membuat hati merana tapi cinta itu bukannya paksaan. Kau dan dia saling cinta mencintai namun hatimu merana jua.Benarlah kata-kata orang tua, cinta yang tidak disirami dengan bunga-bunga keikhlasan dan kejujuran akan menemui kegagalan. Apakah kau saja yang penuh ikhlas dan jujur mencintai dirinya sedangkan dia dengan sewenang-wenangnya membunuh segala keikhlasan dan kejujuran dalam bercinta. Jika sesungguhnya dihatinya benar ada cinta untukmu tetapi mengapa hatimu dilukai? Sedarkah kau bahawa luka yang dia tinggalkan terlalu dalam dan amat sukar untuk kau membalutnya kembali. kau tak tahu adakah kau mampu untuk menyembuhkan luka yang amat dalam itu????.


Jika dihatinya hanya ada dendam untuk menyakiti hati perempuan seperti kau, padamkanlah ia kerana kelak ia akan membakar dirinya jua. Siramilah api dendam kau lelaku dengan kesejukan cinta seorang wanita yang kau tinggalkan. Mungkin lelaki itu pernah mengalami betapa deritanya sebuah cinta yang tak kesampaian. Tetapi mengapa lelaki itu melakukannya pada sebuah hati suci yang amat mencintaimu wahai lelaki? Sedarlah engkau sebelum engkau dilukai buat kali kedua kerana kepedihan dari kelukaan amat seksa sekali untuk engkau menanggungnya. Cukuplah sekali hati dilukai kerana luka untuk kedua kali hanya membuat diri serik untuk bercinta.


Cinta dicipta dan dianugerahkan kepada setiap hati insan bukan untuk dimungkiri kemudian ditinggalkan begitu saja. Cinta perlu dibelai dan dibaja dengan kemesraan dan kasih sayang. Tetapi jika hati telah tertutup untuk bercinta lagi, jangan sakiti dan lukai hati orang yang mencintaimu. Kelukaan yang engkau tinggalkan buat gadismu, sesungguhnya telah mendewasakannya.


Terima kasih atas kelukaan itu untuk sahabatku, akan kurawat ia walaupun amat sukar untuk aku melakukannya. Doaku untuk Rin semoga akan terbuka hatinya untuk mencintai seseorang dengan keikhlasan dan kejujuran yang hakiki""".


Untuk lelaki itu..betapa bodohnya kau kerana tidak tahu untuk menilai dan menghargai kasih seorang perempuan yang terlalu setia mendamba cinta untukmu. tuhan itu terlalu agung..dia mengetahui mana yang terbaik untuk gadis ini.

SUARA HATI : kami menanti saat kalian bersanding di pelamin nan indah, bersulamkan cinta dan sayang kalian tapi jodoh kalian terputus angkara tiada kejujuran di hati lelaki itu. untuk sahabatku yang ku kami gelarkan Ririn @ rin..sabarlah menghadapi hari-hari mendatang. akan hadirnya seorang putera yang memimpin tangan lembutmu ke singgahsana bahagia.

2 comments:

  1. abang arm memag bengang gile ngan jantan tak guna tu,dah lag rin,sabar..ramai lagi yg duk tunggu rin tu

    ReplyDelete
  2. memang dajal tau jantan tu,nak je aku hempuk dia kasi habis je jantan macm tu.dapat ririn punya lawa,bijak n macam2 lah. memanng dasar jantan tak kenang budi tul lah.apa lah yg ada kt pompuan tu sampai dia boleh tinggalkan si rin tu. aku tak leh la beb tgk rin tu, sedih siot.kesian gile kt dia.semalam aku gi umah,dia tak sihat lagi la,hati aku mcm nk nangis.bukan nye dia nak marah jantan keparat tu,siap dia doa lagi jantan tu bahagia.tp kita kenal rin tu macam mana kan.senyum je lah memanjang org buat dajal kt dia pun.banyk lak aku membebel kt blog ko ni..ehek..ehek

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya