1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Thursday, September 11, 2008

MALAM RAMADHAN

cerita sedih sahabatku dibulan ramadhan. dikejutkan dengan berita perpisahan sahabatku dan Tunangnya.Ya Allah,beratnya ujian yang Tuhan turunkan untuk hambanya.sabarlah wahai sahabtku..inilah dugaan dan lumrah kehidupan. nescaya ada yang terbaik untukmu satu hari nanti.percayalah,dia bukan yang terbaik untukmu sahabat.



Aku,
Cuba mencari ketenangan
Dalam hidup ini
Walaupun kehidupanku
Penuh onak berduri
Namun aku cuba gagahi jua

Aku,
Tak mampu berdiam lagi
Bila ku lihat sekelilingku
Sudah berubah
Rupanya aku ketinggalan
Jauh dari mereka
Yang lebih dariku

Aku,
Menyedari betapa pahitnya
Kehidupan ini apabila
Masing masing menepuk
Dada sendiri
Tanpa menyedari kelemahan
Diri sendiri.....

Aku,
Cuba untuk mengerti
Apa sebenarnya muslihat
Di dunia ini...
Yang penuh dengan cabaran
Yang lemah....
Tentunya akan kalah
Yang kuat menghadapi cabaran
Tentunya akan menang
Dalam perjuangan ini

Namun aku sedari
Tiada seorang insan pun
Yang inginkan kegagalan
Cuma waktu untuk mencapai
Kejayaan........
Memerlukan pergorbanan
Yang amat besar
Dalam menempuh kehidupan
yang masih belum menjanjikan
Apa apa buat insan yang
Berdukacita...........

poem yg dikirim sahabatku.menulislah jika jiwamu memerlukan sehelai kertas untuk meluahkan segalanya.aku sentiasa berdoa ketabahan mu kawan.


SUARA HATI : MOGA DIJAUHKAN PERKARA YANG TIDAK ELOK DALAM HUBUNGAN.

3 comments:

  1. banyak lagi laki yag baik dari jantan tak guna tu

    ReplyDelete
  2. entahlah..bodoh agaknya jantan macm tu.aku memang geram tahap dewa ni.tapi tak batal puasa aku,sebab aku taip.ehek.ehek.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya