1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Friday, September 5, 2008

TENTANG ADIK HAKIM

Sudah sebulan lebih aku meninggalkan Tanah Suci Makkah dan hampir sebulan jugak aku tak dengar cerita tentang kehebatan Islam dari dia. perkenalan aku dengan hakim sewaktu perjalanan Umrah di Madinah dan Makkah. Muhammad Nurhakim..namanya sudah manis untuk disebut apatah bila berhadapan dengan sebujur wajah yang mulus dan penuh cahaya. umurnya baru 19 tahun tapi pengetahuan tentang agama cukup hebat, bagaikan tidak percaya, anak muda sepertinya sudah menghafal 15 juzzAl-Quran. kagumnya aku melihat tingkah lakunya seperti lelaki dewasa yang sudah mencapai tahap kematangan. sejuknya perut ibumu mengandungmu adik. bukan cerita tentang peribadi hakim yang ingin aku bualkan,tapi cerita panggilan dari semalam yang membuatkan malamku tadi tidak lena.

soalan pertama perbualan kami,dia menanyakan khabar tunangku bukan khabar diri aku yang ditanyakan dulu. aku bercerita macam biasa tapi kata-katanya cukup memberikan aku kesayuan dihatiku apabila memikirkan hubungan aku dan tunang. adik hakim..terima kasih atas ingatan yang tulus ikhlas. insyallah,hubungan ini akan pulih seperti semua orang inginkan. walaupun usia baru menginjak 19 tahun tapi kata-kata nasihat cukup memberi makna pada aku. aku seperti baru mengenal erti kehidupan. hakim..kakak faham setiap bait bicaramu malam tadi. sedikitpun kakak tak marah malah kakak berterima kasih kerana mengingatkan kakak tentang perkara yang kakak sendiri tak sedar.

kadang-kadang timbul perasaan malu bila dia terlalu banyak mengutarakan tentang permasalahan aku dan tunang..arg!!aku sedar kesilapan sendiri.


SUARA HATI : nasihat dan ingat mengingati itu penting dalam menjana kehidupan yang harmoni.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya