1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Friday, October 24, 2008

MUZIKAL TUN ABDUL RAZAK






Selesai sudah Teater MUZIKAL TUN ABDUL RAZAK YANG BERLANGSUNG DI PANGGUNG EKSPERIMEN ASWARA SELAMA TIGA HARI BERTURUT-TURUT IAITU 20 OKT HINGGA 22 OKT 2008. TEATER INI DI ARAHKAN OLEH PELAJAR IJAZAH TEATER.Tahniah untuk warga kerja Muzikal ini kerana dapat menyelesaikan satu persembahan yang berbentuk Muzikal,dan pada itu memerlukan komitmen yang jitu dalam persembahan yang berskala besar. aku sempat menonton Teater ini pada malam kedua,sengaja aku memilih malam kedua kerana biasa malam pertama, mereka masih mencari ruang keselesaan dengan penonton.


hanya sedikit pandangan menonton teater Muzikal Bapa Pembangunan ini, pada malam kedua aku dan penonton diganggu dengan masalah teknikal yang ketara. kami langsung tidak dapat mendengar butir bicara pelakon sewaktu muzik mula memalu rentaknya. bagi aku ini adalah satu moment di mana, penonton mahu menghayati saat lirik itu dilagukan dengan penuh penghayatan. Teater ini berbentuk Fakta dan sejarah Bekas Perdana Menteri Kedua, dan apabila kisahnya di pertonton pada khalayak, adakalanya ia memberi aku satu perasaan yang agak berlainan.


Secara umumnya,Teater ini berjaya kerana kesungguhan mereka yang terlibat, sedayanya melakukan yang terbaik. Watak Tun Abdul Razak yang di pegang oleh Pensyarah Teater
(RIME NAZREN) Memerlukan kesungguhan dan komitmen yang tinggi untuk di lakonkan. pada aku secara luaran, watak TUN dibawa dengan bersih. part yang membuatkan jiwa aku touching sejenak,saat TUN berdiri di layar belakang dan di iringi dengan lagu tanda berakhirnya riwayat seorang pemimpin. TAHNIAH UNTUK WARGA KERJA MUZIKAL TUN ABDUL RAZAK.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya