1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Wednesday, December 17, 2008

DUA JALAN YANG BERBEZA

Ya allah...
ampunkan setiap langkah yang aku aturkan
berilah aku cahaya penerang
agar jalan yang akan aku lalui
memberi satu haluan...

Ya allah...
kerana jalan yang aku pilih ini
berlandaskan adat dan agama..
demi tuhan..aku perlu redha
dan tabah menghadapi sebarang kemungkinan...

Ya allah...
harinya hampir tiba
namun aku masih belum bersedia
untuk menggalas tanggungjawab
agar aku tidak digelar penderhaka..

Ya allah...
sesaknya nafasku tika ini
bergelumang dengan persoalan
yang makin hari menikam hatiku...
ampunkan aku ya allah...
aku redha,andainya ini yang tertulis untuk ku....

3 comments:

  1. ija,kadang2 kita perlu mengalah dengan keadaan yang semakin rumit, itu bukan bermakna u tewas dengan keadaan. memaafkan seseorang itu adalah satu kemenangan ija.ija,i tahu apa yang u lalui sekarang amat sukar tapi akan ada hikmat disebalik kejadian ini ija. i tak mau u nangis lagi k,minggu ni minggu terakhir i dimalaysia,26hb dec i dah ke sudan. mungkin lepas ni conversation kita hanyalah melalui email,YM N laman web u. i tetap ada kt u untuk dengar setiap masalah u ija...

    ReplyDelete
  2. baru saya tahu apa perasaan akak...

    ReplyDelete
  3. dik..kadang2 perasaan tu sakit..tapi akak kena lawan perasaan tu. mungkin kakak sayangkan dan cintakan dia tapi cinta akak perlukan pengorbanan...amat perit untuk akak dan dia lalui saat perpisahan kami...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya