1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Monday, December 22, 2008

PENANGAN MAKANAN LAUT

4 hari aku menghabiskan masa aku di atas katil dan bilik gara-gara lebihan uric asid dalam badan aku,dan mangsanya adalah kaki kananku. maafkan aku wahai kaki kerana tidak dapat menjaga pantang aku..wua..wua..alangkah sedapnya makanan laut itu. pada petang rabu, selesai sahaja projek awal halim,ashraf dan hazwan aku sudah dapat merasakan sesuatu dibahagian kakiku,tapi aku cuba menyejukkan hati aku, bahawa aku teralu lama berdiri dan itu yang menyebabkan tapak kaki aku agak sedikit sakit. waktu makan tengah hari, kami menjamu selera di KELAB PTD, aku memang tak ambik makanan berat untuk tengah hari kerana perut agak penuh,mungkin debaran pementasan pelajar2 aku tadi menyebabkan aku agak kenyang. cik kem yang duduk di sebelah aku mengisi perut tengah hari dengan lauk yang menarik perhatian aku tapi nasib baik selera aku tidak begitu tinggi hari tu. aku hanya memerhatikan cik kem mengasingkan lauk kerang ke tepi pinggannya,dan aku dengan muka yang tidak malu meminta izin cik kem untuk mengambil lauk kerang dari pinggan cik kem, aku lupa sebentar bahawa kaki aku sedang meratap pilu.


selesai persembahan pada malamnya, aku pulang ke rumah. kebetulan waktu itu aku seorang diri di rumah. intan bercuti bersama keluarga. pada malamnya aku tido agak awal kerana keletihan tapi aku dapat rasakan agak sakit pada bahagian peha dan terus mengambil minyak panas dan terus aku sapukan pada bahagian yang terasa sengal. aku melepaskan penat dan keletihan pada bantal kesayanganku...tidolah aku dibuai mimpi indah....


sebaik sahaja jam loceng menyanyi, mengejutkan aku dari mimpi yang lena tapi kaki aku terasa sakit untuk bergerak,arghhhhh...kesakitan yang amat aku takut.GOUT!!!!! kembali menyerang aku,oh tidak sakitnya untuk aku gerakkan kaki aku,aku perlu mengambil masa yang agak lama untuk mengiring dan aku cuba untuk bangun tapi aku tidak berdaya ya allah. jam hampir menunjukkan pukul 8.30 pagi. aku cuba mencapai telefon bimbit aku untuk bagitau pada office mate yang aku tidak dapat ke pejabat. aku cuba sedaya upaya menekan number telephone k'ma. ya allah,sakitnya kaki aku saat ini. sekali aku tekan nombor pada phone aku, ibarat elektrik menyambar urat kaki aku. sakitnya ibarat ada kaca-kaca yang pecah melekat di pergelangan sendi kaki aku. aku hanya membatukan diri sahaja di atas katil waktu itu. moga diberi kesabaran untuk aku waktu itu.GOUT...bisanya kau menyerang manusia yang tidak menjaga permakanan.pastinya tidak akan aku ulangi lagi!!!!!!!!!!!!!

suara hati : pantanglah ia lepas ni..lupakan makanan laut sebentar wahai jaa rased.

1 comment:

  1. hai ija..sakit lagi ker?jaga makan,hari wedding dah dekat k.how ur life?i rindu nak makan kat old town and gelak macam orang gile. kat sudan bored,work!!!!!!!!!!!!!!!!tired

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya