1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Wednesday, March 4, 2009

SALAH FAHAM & SALAH BERSUARA

Melengkapkan ilmu dalam bidang pendidikan amat penting untuk menyandang tugas sebagai seorang pensyarah, kerana bidang pendidikan sebenarnya bukanlah satu bidang yang senang, ia memerlukan kesabaran dan ketelitian dalam membuat setiap persiapan berhadapan dengan karenah pelajar yang sentiasa bijak mengeluarkan idea-idea bernas. masih teringat, kenakalan sewaktu di peringkat menengah, terkenang pada seorang guru yang aku panggil 'cikgu din'. pada awal kedatangan cikgu din ke kelas aku, amat mengembirakan semua murid di dalam kelas,bukan kerana ketampanan cikgu din tapi kerana kepetahan dia dalam menyampaikan ilmu. cikgu din mengajar matapelajaran islam. agak sukar juga untuk cikgu din mengawal kenakalan kami didalam kelas. cikgu din hanyalah seorang guru praktikal dari UKM, selama 3 bulan cikgu din di sekolah kami, banyak ilmu dan pengajaran yang kami perolehi, antara aku dan kawan, terlalu banyak coretan sedih antara kami dan cikgu din. andainya satu hari aku bertemu dengan cikgu din, tiada apa yang mampu ku katakan, hanyalah sekalung maaf dan terima kasih yang tidak terhingga kerana mengajar aku tentang sesuatu yang baru dapat aku terfikir bila bergelar pensyarah.


Minggu-minggu terakhir febuari, aku dikejutkan dengan satu peristiwa yang diluar dugaan aku. kerana salah faham dan salah bersuara menyebabkan kelas menjadi hinggar bingar. nasib baik aku dapat mengawal tekanan darah aku. kerana salah faham, mereka jadi tidak sependapat, kerana salah faham timbul pelbagai tanggapan negatif antara mereka. aku pula, berdiri di tengah2, hanya memerhatikan gelagat yang memberikan aku satu kejutan.

Kelas kembali senyap, masing-masing meneruskan kerja yang tertangguh. namun hati aku tidak reda lagi dengan kejadian yang sebentar tadi berlaku didepan mata. aku perlu cekalkan hati aku. bukan senang untuk memenuhi semua tuntutan pelajar. aku cuba menjadi jalan pendamai antara mereka, tapi lebih baik langkah berdiam untuk mengembalikan keadaan. terfikir dibenak aku, betapa senang untuk menjadi pendidik yang hebat tetapi amat mudah untuk menjadi pendidik yang dibenci ramai hanya kerana salah bersuara. cikgu-cikgu dan pensyarah yang sentiasa menjadi idola aku, betapa agung dan tingginya jasa-jasa dan ilmu kalian dalam melahirkan kami. akan aku kotakan setiap janji dan matlamat aku.Insyallah.

suara hati: pengorbanan seorang guru itu, tinggi nilainya.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya