1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Thursday, May 7, 2009

MEI MENJERUT NYAWAKU!!!!!!!!!!!!!

Kesibukan dalam bulan ini menjadikan aku migrain hampir setiap hari. keluar pagi, balik lewat malam. dulu adalah satu kebiasan untuk aku dan tiada masalah untuk aku uruskan hal aku sendiri. kini keadaannya sudah jadi lain. aku dah ada suami yang perlu aku jaga makannya. tapi aku bernasib baik kerana suami aku terlalu memahami situasi dan kerja aku yang menuntut masa dan komitmen. hampir setiap hari aku balik lewat. kalau aku terlebih rajin aku akan masak dan kalau aku terlebih malas, aku akan tapau je makanan..he..he..kira orait lah tu.
Berbalik pada bulan mei yang hampir menjerut nyawaku. bebanan kerja di ofis menjadikan kepalaku berdenyut setiap saat. dalam masa yang sama, aku terlibat dengan exam pengarahan sudent ijazah, aku berlakon!!! ha..ha..cari nahas gamaknya, gian la tu nak berlakon kan. tapi merungut penat. kesian pengarah aku, terpaksa menahan jiwa dan raga dengan karenah kami bertiga, aku,rime dan mardiana. (sape suruh ambik pensyarah berlakon!! rasaakan...he..he...) sorry ye addikku..kerja kami bertiga terlalu banyak di pejabat, tapi kami tidak jadikan itu satu alasan, cuma mengomel je sikit..he..ha....
Dari pagi sampai ke petang, mengadap komputer, mencari bahan untuk penyelidikan, mengemaskini semua kerja-kerja yang tertangguh. uihhh..poning kepola eden,tapi aku enjoy dengan apa yang aku buat, keletihan dan kepenatan adalah rutin setiap manusia. yang paling memeningkan kepala aku dan boleh mencapai tahap migrain adalah, apabila aku marking pape student aku..ya allah.......seksanya aku...tapi ini adalah cabaran aku, pengalaman mematangkan kehidupan dan menajamkan akal untuk terus maju. tanggungjawab ini akan aku pikul dengan penuh keikhlasan. aku cintakan dunia kerja ku. terima kasih tuhan kerana merestui perjalanan kerjayaku.
Minggu depan, exam akan bermula dan aswara akan sunyi untuk sebulan dua, seronok kan time belajar, ada time untuk rest...ha..ha...aku dah puas enjoy time blajar.minggu depan jugak exam pengarahan, skrip masih kat tangan aku, tergagap2 jugak aku nak menghafalnya.bengapnye...bila dah lama tak asah otak ni, macam ni lah jadinya, asyik bagi komen pada pelajar, nah!!!!!!!!!!! sekarang, rasakan.......
17 mei sampai 22 mei, aku ke kelantan, terengganu dan pahang untuk menemuduga calon-calon pelajar disana, seminggu aku tinggalkan suamiku...terima kasih sayang kerana memahami. i love u my hubby. balik saja dari pahang 22 mei, 23 mei ke JB, hadiri majlis adik aku yang sorang ni lah, si intan carina. akhirnya kami berpisah kerana masing-masing sudah ada kehidupan masing. tahniah my little sister intan dan my offic mate rime.
Mei..........................selamat hari pekerja..............Mei...................selamat hari ibu...................

3 comments:

  1. satu tertinggal.. 23rd mei.. my besday.. eheheheh

    ReplyDelete
  2. kesian kat husband u kan...ha..ha

    ReplyDelete
  3. hai dear friend.bz takpa, janji jaga kesihatan. how ur life? i tahu,u semakin happy melayari hidup rumahtangga.i happy when u happy.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya