1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Sunday, May 10, 2009

MENGAJAR CIKGU BERTEATER.

Sebulan lepas aku dijemput oleh kawan aku yang belajar part time di UPM untuk mengajar mereka berteater. kawan aku tu cikgu yang sedang menyiapkan ijazah sarjana pendidikan di Fakulti bahasa dan liguistik di UPM.Pada mulanya, berat jugak hati aku nak terima, memandangkan kerja hakiki aku yang bertimbun dan ini membuatkan komitmen aku bertambah. demi memikirkan persahabatan dan rasa ingin mendidik cikgu-cikgu ini mengenai teater, aku bersetuju untuk membimbing mereka walaupun aku sebenarnya masih cetek tapi dalam masa yang sama aku dapat berlajar sesuatu dari mereka. task yang mereka dapat dari pensyarah mereka, mereka perlu perform BANGSAWAN. ha...ha...adui...poning jugak kepala aku kerana, Bangsawan adalah salah satu teater yang memperlihatkan kemewahan di atas pentas. kesian pada mereka yang baru mengenali teater. tapi aku percaya, tanpa budget yang besar, kalian mampu lakukan.
10/5/09, semalam, sabtu, aku siap dijemput oleh kawan aku(mazlina) untuk ke UPM. thanks myfriend. sepanjang perjalanan ke sana, hati aku berdebar sebenrnya, aku perlu berhadapan dengan cikgu-cikgu yang sememangnya mempunyai pengalaman mengajar, sedangkan aku, masih baru dalam dunia kerjaya aku, walaupun pengalaman dengan pentas hampir 9 tahun tetapi setiap kali berhadapan dengan manusia yang namanya pelajar, aku masih berdebar. inikan pula berdepan dengan cikgu-cikgu yang aku kira punya pengalaman hebat dr aku.
Sesampainya aku di UPM, aku di perkenalkan pada cikgu-cikgu yang akan berteater, fuh!! semuanya mendebarkan aku, tapi aku maintain je..he...he...perbualan aku dan cikgu-cikgu tak lama kerana aku terpaksa mengejar masa kerana jam 3 petang aku ada priview di ASWARA. aku mulakan dengan menyuruh diorang ni script reading, tp sebelum tu, aku terangkan serba ringkas, elemen-elemen yang perlu ada dalam bangsawan. yang paling penting adalah intonasi dan lengok bahasa dalam bangsawan. sesi pembacaan skrip bermula. aku set kan otak aku dan ingatkan hati aku, bahawa mereka bukan dari latarbelakang teater, so aku perlu menerima dengan positif, setiap pembacaan diorang. cayalah beb..
setelah selesai, aku dengan penuh excited ni nak mulakan latihan. sesi yang paling membebankan dan memenatkan otak aku ialah, penyampaian dialog, lengok bahasa dan blocking...wuaaaaa...migrain dah tiba...sesi ini betul2 mencabar aku, aku tak boleh marah atau tengking mereka, kerana mereka bukan dari sekolah seni, mereka adalah cikgu-cikgu yang datang dari pelbagai taraf pendidikan. secara perlahan aku mendekati mereka menggunakan method aku sendiri. aku berjaya menghidupkan suasana agar timbul keselesaan antara kami. ternyata diorang mudah untuk dibentuk dan kadangkala poning jugak untuk memperbetulkan lengok bahasa mereka. yang penting mereka menampakkan kesngguhan untuk berlatih walaupun itu bukan bidang mereka. satu lagi, aku paling bangga dngan kawan aku sorang ni (mazlina) dia tak pernah involve teater tapi dia tahu dan faham tugas-tugas seorang pengurus pentas. wa caya sama lu bebbbbbbbbb!!!
pementasan bangsawan saudagar raupudin ini akan menemui khalayak UPM pada awal june. aku harap, mereka akan dapat sesuatu yang manfaat dari pementasan ini. kita sama-sama mengembeling tenaga untuk menghasilkan pementasan ini. SEAMAT HARI GURU!!!!!
suara hati : pengorbanan dan jasa guru memberi sinar kehidupan kepada kita. terima kasih cikgu-cikgu yang mendidik aku sehingga aku kenal erti kejayaan dan kepayahan dalam mengejar sesuatu yang bernama ilmu

3 comments:

  1. lick_damansaraSunday, May 10, 2009

    migrain sokmo la...ha...ha..

    ReplyDelete
  2. lick_damansaraSunday, May 10, 2009

    migrain sokmo la...ha...ha..

    ReplyDelete
  3. mengajar kat upm? jangan ngorat2 ek..just kidding....jangan migrain lagi, makan ubat tau

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya