1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Saturday, May 16, 2009

PREVIEW PETA 09

DUA TIGA KUCING BERLARI ARAHAN SARAH ERWIN
OLIVER TWIST ARAHAN NAWFAL

PLAY ME ARAHAN K'MA


DUMB WAITER ARAHAN NAZIM
Semalam, 15/5/09 baru sahaja selesai preview peta 09 yang terakhir. bermakna, semalam adalah kerja-kerja terakhir yang pelajar perlu siapkan untuk di pertontonkan kepada dekan dan juga pensyarah-pensyarah sebelum menemui penilai dalam dan penilai luar. ada 6 produksi yang akan dinilai dalam peta 09, aku sempat ambik pic untuk 4 produksi sahaja. banyak perkara yang berlaku sepanjang preview berjalan. semua pelajar berhempas pulas menyiapkan hasil kerja mereka selama ini. bagi aku sedikit mengecewakan. mereka tidak menampakkan ktakutan dan kesungguhan untuk menghadapi penilaian yang akan menentukan kreativiti mereka selama bergelar pelajar aswara. tidak semua produksi yang menampakkan ketidaksungguhan mereka tetapi masih ada segelintir pelajar yang masih tidak memahami untuk bermain dengan watak yang dibawa. dengan masa yang agak suntuk, ia akan membuatkan mereka tertekan dengan komen-komen bernas dari dekan dan juga pensyarah. walau macam mana sekalipun, mereka tidak perlu memberi sejuta alasan pada pihak pensyarah kerana tugas mereka adalah untuk menguruskan produksi. mereka tidak menampakkan kematangan seorang pelajar. aku sambung nanti.




No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya