1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Thursday, May 21, 2009

SEPANJANG JALAN DARI KELANTAN,KT KE KUANTAN

Aku dan rombongan bertolak dari hotel Renainssance kelantan jam 9.30 pagi. cuaca agak mendung tapi tidak bererti hujan..ha..ha...perjalanan kali ni agak memenatkan kerana kami akan melalui kuala terengganu untuk ke kuantan.aduiii....patah pinggang dan memeningkan kepala dibuatnya tetapi itu semua terubat dengan cerita-cerita lawak En.azman. banyak betul cerita pensyarah penulisan ni, al-maklum lah, bekas wartawan, tentunya pengalaman berhijrah semasa menjadi wartawan tidak disiakan begitu sahaja.
sewaktu melalui pasir putih, jalan agak sesak dan melambatkan perjalanan kami kerana ada road block. polis dan pegawai kesihatan membuat pemeriksaan kenderaaa yang baru keluar dari thailand. mungkin kes yang tengah hangat diperkatakan sekarang, Influenza A. kami dapat melepasi daripada pemeriksaan. cuaca mendung, mata pun jadi mendung. masing-masing sedang melayan perasaan, mungkin terkenang isteri yang jauh dan aku terindu hubby aku...he..he...aku membiarkan mata aku terlellap buat seketika.
huargggggg......bangun..nak terkencing. berenti dikampung penarik, terengganu. cantik bangat, walaupun aku ni orang terengganu, tak pernah pulak aku sampai kesini, sebab aku takda sedara mara yang tinggal di sini dan mustahil jugak untuk aku kesini..tapi aku bangga sangat. kampung di tepian pantai,wahhhh...amat cantik sekali. sungguh damai sesekali datang menjenguk ke penarik, sibuk dengan hiruk pikuk kuala lumpur, inilah tempatnya. wah...aku memang suka pantai..berjalan dipersisiran pantai..aman sekali, berdua-dua bersama yang tercinta,aduh,,romantik sungguh. insyallah..aku akan datang kesini kalau balik becuti dikampung.
kami singgah di gerai Marissa Marang, kedai yang penuh dengan keropok. mereka semua memborong keropok, termasuk aku sendiri..he..he..abis saje bershopping keropok, kami berenti makan di kelulut marang. kalau siang kat area tak happening sangat tapi kalau malam, meriah. kedai pun banyak yang bukak. so waktu siang ni satu kedai je yang bukak,takda pilhan, perut pun kebulur...apa lagi melantaklah..he..he...bila sudah kenyang,mata pun apa lagi, layu saje. menelusuri marang kami semua dikejtkan dengan satu kemalangan yang bagi aku ngeri. 5 buah motosikal tersadai ditepi jalan, mereka yang cedera masih lagi terbaring. ada yang cedera ringan, cedera parah. mungkin mereka merempit dan merempuh sebuah kereta yang tersodong bawah lori yang parking di tepi jalan. adui...kesian,takut aku,doa aku dalam hati, moga tuhan selamatkan perjalanan kami dan selamat sampai kedestinasi. cuaca di sepanjang marang,kijal, kemaman agak panas. migrain menyerang, oh mana ubat aku. saat migrain ni lah yang buatkan aku pening dan silau dengan matahari. cuba lellapkan mata supaya bila aku bangun, kuantan sudah di depan aku.
satu hari dalam van, sakit tulang belakang aku...arghhhhhhhhhh......sampai juga akhirnya....tak sabar nak menghempaskan badan ke tilam yang empuk.......penatttttttttttttttttttttttt.......

1 comment:

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya