1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Tuesday, June 30, 2009

KEMBARA JUN

Selesai sudah projek akhir di ASWARA. Segalanya berjalan lancar, alhamdulilah, masing-masing Berjaya mempamerkan hasil kerja mereka dengan penuh komitmen walaupun pelbagai masalah yang perlu mereka lalui. Itulah rutin dan tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang harus dan wajib bertungkus lumus untuk menghasilkan idea dan kreativiti mereka sebagai pelajar seni persembahan. Tahniah untuk anda semua kerana Berjaya merealisasikan satu kerja kreatif yang menuntut pengorbanan yang jitu.
14 jun – 25 jun aku ke Agrotek,Garden Resort untuk kursus induksi umum. Yeay,akhirnya aku dapat jugak pergi tahun ni, sepatutnya aku berkursus pada bulan mac, memandangkan tarikh kursus jatuh pada tarikh kenduri di sebelah pihak lelaki, aku terpaksa batalkan kursus kerana kenduri ini melibatkan perjanjian keluarga. Nanti apa pulak kata keluarga mertua aku. Kali ini kursus induksi melibatkan tiga agensi iaitu, penerangan (RTM), Komunikasi (BERNAMA), Kebudayaan (ASWARA & KRAFTANGAN). AL-maklumlah, kementerian kami sudah bergabung dengan dua kementerian yang besar. Timbul juga kebimbangan di hati aku, bimbang dengan exam di akhir kursus. Exam inilah yang menentukan penetapan aku dalam perkhidmatan awam. PENJAWAT AWAM. Cerita sepanjang kursus induksi. Ada seronok, sedih dan macam2 perasaan yang berbaur dalam hati aku ni, almaklumlah, agrotek ni terletak di hulu Langat, nama pun hulu, takda line telefon, itu yang buatkan aku mati kutu. Kalau takda internet boleh lagi, tapi ini line phone, terpaksalah aku keluar pergi ke atas bukit untuk dapat line phone.
Agrotek Garden memang cantik sangat, terasa suasana kampong. Terubat sikit rindu pada kampong halaman. Persekitaran di agrotek memang menyejukkan pandangan, dapat relax dari hiruk pikuk kota, tetapi satu saje, biliknya yang buat aku tak selesa, sempit dan aku perlu berkongsi dengan 3 orang. Hu..huh...aku tidak punya alasan untuk menolak kerana kami hanyalah peserta, perlu aku dengan arahan. Bercerita pasal pengurusan urusetia yang agak mengecewakan, tidak mesra pelanggan, mahal dengan senyuman, hilang budi dan hilang bahasanya. Sepanjang aku berkursus urusetia jarang menyertai kami dalam aktivti yang dijalankan. Tapi disana, aku berfikiran positif, aku taknak bebankan kepala aku dengan masalah yang kecil, banyak lagi masalah yang aku perlu fikir. Ha...ha...betul kan? Betul..betul..betul..(upin dan ipin the movie) aktiviti yang paling mencabar keberanian, flying fox,arghhh,takut, bimbang,gerun, aku sahut cabaran ini. Standby,ready, gooooooooooo, terbang aku, terbang jugak jantung, hati, hempedu aku.tetiba, trainer tu boleh hold di tengah-tengah, menjerit sakan lah aku dibuatnya,lebih kurang 1 minit aku perlu menahan kegerunan, kurang asam punya trainer..he..he..akhirnya sampai juga aku dibawah,mengucap panjang aku dibuatnya.
Networking aku kali ni cukup meluas, dapat dengan berkenalan kementerian penerangan. RTM, banyak pengalaman mereka yang aku dapat, ilmu dan jalinan kerjasama yang baik akan memudahkan proses kerja yang menuntut aku perlu berhubung dengan mereka-mereka ini. Seronok dapat berjumpa dan berkongsi cerita dengan mereka. Memang best bangat,opss bukan bahasa ibunda. Menteri aku begitu sensitive dengan bahasa, jadi bahasa yang digunakan perlulah melambangkan bangsa.
Masa yang dinantikan oleh semua peserta kursus, BALIK!!!!!!!!!! Tapi sebelum balik kami perlu menyelesaikan satu lagi perkara yang paling penting, PEPERIKSAAN INDUKSI UMUM. Kerana exam ini, aku dan geng2 RTM tidur jam 5 pagi, masa exam di Universiti tak pernah aku tidur sampai jam 5 pagi. Ha..ha..dalam sejarahlah kiranya, tidur lewat kerana menelaah. Hebatkan? Hebat2..hebat2. Peperiksaan induksi tidak akan aku lupakan sampai bila2 kerana, yang itu aku tak boleh cerita. Rahsia kerajaan. He..he...maaf ya.
Sibuk dengan projek akhir, sibuk dengan kursus menyebabkan aku tidak sempat untuk menjenguk sahabat aku. Maaf ye rin. Kesibukan ini adalah tugas dan tanggungjawab, tapi kau juga adalah salah satu tanggungjawab aku. Kesepian dan kesengsaraan menjadikan kau tidak seperti dulu, sabarlah wahai sahabat,inilah ujian dunia yang maha hebat untuk kau pikul seorang diri. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang kau pikul. Sebagai sahabat hanya doa yang sentiasa kuhadiahkan untukmu. Terkadang aku terfikir, kenapa kau perlu lalui dugaan ini bertalu-talu. Namun aku sedar,inilah takdir yang menentukan, dia yang di atas yang lebih mengetahui mana yang terbaik dan yang tidak untuk kau. Tiap kali aku pandang wajah telus milik seorang gadis cantik yang dulunya sentiasa tersenyum dan riang melayari kehidupan yang membahagiakan, membuatkan hati kecil aku meraung, menangis dan entah apa lagi perasaan yang membelenggu aku. Argh..maafkan aku sahabat, kerana tidak punya banyak masa untuk menghilangkan sengsara jiwamu.
Al-fatihah untuk Nenek Faizurina. Moga arwah sentiasa dalam lindungan ilahi. Amin.

Anggun Puri, jalan Dutamas.

3 comments:

  1. al-fatihah untuk nenek rin.rin ok?dh lma sanagt tak jumpa.

    ReplyDelete
  2. best tak pegi agrotek. tempat cam best.mcam mana induksi...dah confirm kerajaan lah ni..congrate beb.

    kesian kat rin,kalau jumpa kim salam kt dia,dan juga takziah.

    amacam sekarang,dah ok dari probelm duniawi

    ReplyDelete
  3. salam adik.ceita di induksi macam best je.bila nak datang umah,makan2.sibuk sangt ke?

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya