1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Thursday, June 4, 2009

NAMAMU KINI JADI SEBUTAN

Sebuah lagu lama,nyanyian kumpulan EYE,sekarang penyanyi tu jadi penjual nasi lemak. kesian nasib artis malaysia apabila banyak cendawan-cendawan baru yang tumbuh. nasib penyanyi ini hanya menjadi sebutan di pusat karaoke kerana lagunya yang jiwang dan kadangkala meruntun jiwa bila dihayati dengan perasaan. emosional pulak aku. catatan kali ini hanyalah sekadar berbicara tentang kehidupan yang semakin rumit andainya kita merumitkan keadaan itu. ceritannya bermula pada satu malam, aku dapat keizinan dari suami untuk menonton mak yong titis sakti di klpac bersama seorang teman perempuan(reena). aku ajak reena, sebab dia memang teringin nak menonton teater, kebetulan malam 3 jun, suami ada urusan kerja.sewaktu sedang galak bergelak ketawa dengan keletah pelakon-pelakon mak yong, aku dapat SMS dari teman baik aku, memang terlalu baik kerana usia perkenalan kami menjangkau 6 tahun. pelbagai cerita kami kongsi, sedih, gembira, kelakar dan macam2 lagi. bukan senang aku nak jumpa teman baik sepertinya, apatah lagi kalau dia bergelar lelaki. untuk tidak menimbulkan masalah dalam rumahtangga, aku sudah perkenalkan teman baik aku pada suami aku. mereka juga boleh jadi sebaik kami.
SMSnya aku baca dengan ketidakpercayaan, dia ajak aku karaoke bersama kawan-kawannya, dalam hati aku, waktu bujang tiada masalah untuk aku, tapi kini aku sudah punyai suami yang perlu aku patuh. aku tidak bagi jwapan, smsnya tidak berbalas. aku terus sms suami aku, bukan meminta izin, tapi mengajaknya sekali bersama aku dan kawan-kawan. SMS jawapan yang aku terima dari suami aku mengejutkan aku, "pergilah,sejak kita kahwin, hubungan syg dan kawan-kawan semakin jauh, abang taknak lah macam tu, malam ni abang izinkan syg keluar, k,tapi take care tau" banyak kali aku baca mesej dari suami aku. sebaik sahaja persembahn mak yong tamat, aku call untuk dapatkan kepastian mesej tadi, adakah ia berbaur sindiran??? perbualan kami berakhir dengan i love u too. suami aku izinkan aku berkaraoke tanpa dia. jawapan teman baik aku tadi, aku balas.
aku sampai di Redbox, dah lama rasanya tak bersama mereka. dan dah lama juga aku tak jumpa dengan teman baik aku ni. sebaik sahaja aku masuk dalam bilik karaoke, kwan-kawan teman baik yang tidak pernah aku jumpa, aduhhh..segan lah pulak rasanya nak menyumbangkan suara.katanya, kawan-kawan baru, gayanya semuanya kontraktor kelas A, macam teman baik aku jugak la. segan keran ini kali pertama aku berjumpa dengan diorang, malu takut katanya aku ni isteri apa yang keluar dengan lelaki lewat malam, tapi aku bersama reena. macam2 yang mengganggu kotak fikiran aku tika itu. teman baik aku ni seakan dapat membaca kerunsingan yang berkerut dimuka aku, lantas dia bisikan pada aku, " jangan segan, diorang ok, sama macam halim, faiz, duan dan yang lain2". aku berkenalan dengan mereka dan mcam disoalkan, soalan yang menjerut nyawa aku....aduiii...mereka tidak tahu status aku,aduii...aku biarkan sahaja tanggapan mereka yang aku masih bujang yang penting teman baik aku tahu siapa aku dan status aku. mereka memilih lagu untuk aku, meniti hari dari amy mastura...ha...ha...lagu itu memang lagu wajib kalau aku berkaraoke dengan teman baik aku time aku bujang. pandai betul mereka2 yang bergelar kontraktor kelas atasan ni.
sampailah satu saat yang buatkan jantung aku brhenti untuk seketika, lagu NAMAMU KINI JADI SEBUTAN kumpulan EYE."i tujukan lagu ni untuk kekasih lama, ija...." terkedu dan nak terbelahak aku waktu tu, semua kawan2 dia tengok aku dan claps..woooo....yang menjadikan aku hampir nak menangis, sebab teman baik betul2 berdiri depan aku dan suaranya agak sebak. dalam hati aku, kenapa???????????masing2 terdiam, menghayati suara hebat teman baik aku. arggg...mainan perasaan.dia tahu siapa aku, mana mungkin!!!!!!! habis saja nyanyian dia, aku meminta diri untuk pulang kerana aku dah berjanji dengan suami untuk pulang waktu itu. dia menghantar aku sampai cark park. salamnya aku sambut, sejuk, dingin, bahang aircond??? entahlah..aku tidakperlu fikir terlalu jauh kerana aku sedar, kini aku milik sah orang lain.
sampai dirumah, tempat parking kereta, telefon aku berdering, nama teman baik aku muncul di skrin telefon, aku jawab seperti biasa, tapi kedengaran suaranya agak berlainan dari selalu. kata maaf yang terpacul dari mulutnnya buatkan hati aku sayu. layanan perasaan ini tidak perlu diturutkan. namun aku bangga dengan kau wahai teman...kau terlalu menghormati perhubungan kita. ikatan ini akan terus kekal sebagai sahabat hingga akhir hayat. maafkan aku wahai teman..kita ditakdirkan bersahabat.
langkahku seakan terhenti, berfikir sejenak, arghhhh...
sampai dirumah,suami aku di balcanony
menghirup suasana malam tanpa aku sebagai isteri..
ku atur langkah ku
lantas aku memeluknya dan bisikan
"sayang abang, terima kasih kerana memahami"
perlahan airmataku mengalir tanpa suami aku sedari
terkenang teman baik, yang sentiasa setia bersama aku
malam berlalu begitu dingin dan sayu.....
kucupan malam buat suamiku yang penyanyang.
ya Allah...perindahkanlah kasih sayang aku dan suami..
anggun puri condo,jalan dutamas.

3 comments:

  1. what a great posting... wish a very good luck for ur marriage

    ReplyDelete
  2. i tahu perasaan u.hidup ini kena tabah k.i jumpa dia semalm,kesian tapi kehidupan u lagi penting katanya.

    ReplyDelete
  3. hello kawan,aduiii,relax beb,aku tahu dan kenal kau jaa,
    janji kau kuat dan suami kau
    kenal siapa kawan2 kau.
    tapi suami kau memang baik.
    happy marriage life myfriend.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya