1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Thursday, July 23, 2009

BERITA KEMATIAN

bulan rejab bulan yang penuh kemulian, keberkatan bulan ini amatlah ditunggu umat islam seluruh dunia. bulan ini juga banyak berita kematian yang sampai ke halwa telinga aku. takut, sedih dan sayu mengiringi kepergian yang tersayang. namun, berat sekalipun, kita yang hidup wajar redha dengan panggilan ilahi dan sama-samalah mendoakan moga yang pergi meninggalkan kita sentiasa dilimpahi rahmat ilahi.


hujung minggu lepas, mak dan ayah datang ke kuala lumpur, menjenguk aku dan suami. almaklumlah sekarang musim buah, banyak bekalan yang mak bawakan untuk aku. itulah hati seorang ibu, apa yang dia makan dikampung, saat itulah ingatannya terbang untuk anaknya di rantau. tapi kadangkala kita sebagai anak sering alpa dengan ini semua, walaupun ia sangat remeh tapi saat inilah yang akan kita rindukan satu hari nanti. sepanjang mak dan ayah di rumah aku, aku cuba untuk belajar masak dari mak, he...he...walaupun tak sempat aku nak pegang periuk nasi, mak yang dulu buat untuk kami. itulah mak yang sememangnya arif di dapur. ayah pulak, bila sampai kat rumah aku, katanya seperti penjara, tak selesa katanya tinggal di condo yang tinggi, hutan batu...he..he...ayah yang kebiasaanya tidak duduk diam kalau di kampung, terpaksa berkurung dala rumah. inilah kehiduPAN di kota ayah, pintu tak boleh dibuka sewenangnya, kurang selamat. tidak bebas seperti dikampung. kesian, aku bawak mereka ke senawang, serembang, jalan-jalan. jumpa dengan kawan sewaktu di mekah mengerjakan umrah. aku cuba untuk menghilangkan kebosanan mereka, tapi jelas kerinduan mereka pada suasana kampung walaupun hanya dua hari di kota metro.


sebelum mereka balik, aku belikan baju untuk mak dan ayah, tapi ada moment yang buatkan jantung aku berhenti seketika, ayah ambil baju yang aku belikan, aku terlupa membuang tanda harga, katanya, terlalu mahal, aku cakap pada ayah, jasa dan pengorbanan ayah telalu mahal untuk saya, tidak mampu saya balas. katanya lagi, ayah nak pakai baju yang baru aku belikan untuk hari raya, sewaktu balik ke terengganu, katanya, nanti mati tak sempat pakai. adusss...tersentap aku, Ya Allah, panjangkan lah umur mereka. hati aku menangis. mak cuba untuk mendamaikan keadaan aku. aku ambil baju ayah dan aku ironkan.


tidak putus-putus berita kematian yang aku dengar. bulan rejab,bulan syaaban, bulan ramadhan...tiga bulan yang penuh keberkatan. moga yang meninggalkan kita pada bulan ini, dilimpahi sejuta rahmat dari ilahi...al-fatihah.....

2 comments:

  1. yang pergi tetap pergi tinggalkan kita.i mash risau pasal rin.moga semangat dia kuat untuk teruskan hidup.

    ReplyDelete
  2. salam dik, kenapa tak bagitau mak dan ayah datang.boleh datang rumah kak alin.adik sihat ke?sedih entry ni

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya