1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Monday, August 3, 2009

GEMA KARYAWAN MUDA

pak cik raca.....aduiii...tahan je aku ni

mencari dialog di lorong ET

bersama marina mergoa dari greek

gaya dan aksi wanita greek sedang memberi penjelasan kepada kami,

inilah antara aksi pensyarah-pensyarah teater membuat improvisasi

student yang juga merupakan krew teater kecil.


Bermula 20 julai hingga 29 julai, kami berbengkel dengan pensyarah dari greek yang sedang menyiapkan PHD. marina mergoa, teruja aku menerima kedatangan marina kerana dia datang dari tanah kelahiran greek. tanah kelahiran yang banyak menghasilkan naskah yang begitu tragis dan dramatik. kami akan berbengkel selama 7 hari dan di ikuti dengan 2 hari pementasan. naskah pilihan marina ialah MEDEA, aku terlalu cintakan naskah itu. naskah itulah naskah projek akhir aku sebagai penuntut diploma. banyak input yang aku dapat dari marina. katanya, negara colchis betul2 wujud. teruja aku untuk mendengar lebih lanjut tentang MEDEA.

Marina inginkan kelainan dalam bengkel kali ini, beliau berminat untuk menerapkan elemen-elemen tradisional dalam persembahan MEDEA, kami semua memilih sedikit elemen mak yong dan randai untuk digunakan dalam pergerakan. marina mahukan satu kelainan kerana didalam persembahan greek, pelakon tidak banyak bergerak tetapi emosi memainkan peranan penting terutama dari segi pengucapan dialog yang dilafazkan. itu juga salah satu perkara penting yang marina tegaskan pada kami. kami tidak lagi dibahagi pada watak-watak, kami bermula dengan improvisasi dengan menggunakan pergerakan mak yong dan juga randai. proses latihan ini agak memenatkan tetapi kami tepis semua kerja-kerja hakiki di pejabat untuk sementara waktu demi menjayakan bengkel ini. proses ini berlaku selama 4 hari, kesuntukkan masa untuk kami amat memberi cabaran kerana dalam masa yang sama, antara kami ada yang terlibat dengan 5 Karyawan Muda iaitu KELAM dan MUZIKAL O2. kengkangan masa yang terlalu padat membuatkan masa latihan untuk bengkel ini bermula seawal pagi. inilah sebahagian tugas pensyarah yang wajib kami lakukan. inilah passion kami. masalah masa dan masalah kerja bukanlah satu alasan untuk kami lakukan.
Banyak pengalaman yang aku perolehi dari bengkel ini. kehidupan greek yang aku dapat secara terus dari marina. budaya mereka tentang hidup berpoligami tidak jauh bezanya dari negara kita cuma yang membezakan disini ialah, dalam islam lelaki boleh berkahwin empat dan mengikut syarak yang telah ditentukan dalam islam. lain pula di greek, antara perempuan dan lelaki yang berlainan comuniti atau kasta tidak dibenarkan berkahwin dan juga, lelaki tidak dibenarkan berkahwin lebih dari satu. itu yang terjadi dalam naskah-naskah kelahiran greek. banyak maklumat yang aku kurang faham tentang medea, akhirknya disimpulkan oleh marina dengan sebaiknya.








No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya