1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Monday, August 10, 2009

TIADA LAKARAN SEINDAH TAKDIR HIDUP........

Menerima takdir dengan redha dan ikhlas adalah satu ketentuan, tetapi adakah takdir itu benar??hanya tuhan yang lebih mengetahui. menerima panggilan dari seorang teman, berita kematian seorang sahabat memberi tamparan hebat pada aku. percaya atau tidak, suka atau duka, itulah kata-kata dari dia. termenung sejenak dan tetiba airmata mengalir tanpa henti. perlu atau tidak aku percaya semua ini. ia berlaku terlalu pantas. saat itu tergambar keperitan dia menahan segala sengsara dan derita yang dia lalui. Ya Allah...kenapa sepantas itu kau memanggilnya pergi? Ampunkan aku Ya Allah, persoalan ini tidak patut aku tanya, kerana ini adalah ketentuanMU. belum sempat aku tunaikan permintaan dia, dia hilang dari pandangan aku untuk selamanya. sahabat..andainya kematianmu satu penamat pada sebuah kisah duka hidupmu, aku redha dengan seikhlasnya dan agar kau di tempatkan bersama para solehah yang lain.
Perginya sebuah kerinduan yang kau simpan selama ini. sahabat...kehilanganmu di alam fana ini, menjadikan seseorang yang kau cintai dan kasihi hidup tanpa jasad. sedikit aku imbas kenangan cinta kalian. cinta kau dan dia terlalu unik. kasih kau dan dia terlalu agung. sayang kau dan dia terlalu sejati. saat-saat bahagia kalian sentiasa bermain difikiranku. sahabat...kau terlalu tega dengan keputusan yang kau pilih untuk mencintai dia dan menjadikan dia sebahagian dari hidupmu. aku bangga dan gembira kerana kau sudah bersedia untuk melayari alam cinta buat kali kedua setelah hati kau di lukai oleh insan yang tidak pernah menghargai segala kasih sayangmu. saban waktu ada saja kisah suka antara kau dan dia, halwa telinga aku senantiasa sedia mendengar luahan manjamu tentang Tarabas, itu gelaran manis kau untuk si dia. sahabat..detik hati aku mendoakan agar impian dan harapanmu pada tarabas akan sampai ke titik kebahagian, begitu juga doaku untuk tarabas agar senantiasa mencintaimu.
Namun, kebahagian tidak berpihak padamu, bertimpa-timpa kisah duka mengisi perjalanan hidupmu. aku buntu untuk menyelamatkan keadaanmu kawan. jiwa aku terasa sakit, saat kau menceritakan segalanya yang berlaku. terduduk aku bila mengetahui semua ini. paling menyedihkan, sengsara mu datang dari insan yang kau panggil Babah!!!!!!!!!! arghhhh...sakit hati aku untuk mengimbas segala kenangan pedih. kerana dia, kasih dan cinta mu musnah.
Kehilangan...Entah mengapa.. terasa kehilangan begitu dekat menghampiri. Terasa diri jauh dari segala. Hari-hari yang telah berlalu dan ditinggalkan.. seakan saat itu telah begitu lama berlalu. Dan aku.. serasa baru sedetik cuma membuka mata, menyedari aku sendirian.. di sini.Seketika terasa diri ini berada di gurun yang amat luas. Segalanya dilihat tidak punya beza. Semuanya sama. Pandangku ke kanan, kiri, depan dan belakang.. semuanya sama. Diri ini terkaku di situ. Hilang arah untuk terus memilih langkah.
Benarlah seperti apa yang sering dibualkan. Sakit menjadikan kita lebih dekat pada-Nya. Kesusahan menjadikan kita lebih hampir dengan-Nya. Kedukaan menjadikan kita sentiasa ingin mendampingi-Nya. Dan kesendirian ini menjadikan diriku begitu mencintai-Nya.Mendambakan kasih manusia kadangkala menjadikan kita lupa. Menginginkan cinta manusia senantiasa menjadikan kita alpa. Lalu apabila kehilangan menghampiri, resah begitu menghantui dan gelisah sering menemani. Betapa rapuhnya jiwa bila berhadapan dengan kehilangan walaupun kita tahu.. kehilangan adalah pasti bagi yang bernyawa.
Namun lumrah manusia yang dijadikan jauh dari kesempurnaan, tidak akan mampu berdiri sendiri dalam lautan kehidupan. Juga tiada daya untuk menentang badai ujian sendirian. Lalu apakah yang harus kukatakan apabila aku harus dan masih sendiri merentas perjalanan usia? Salahkah kiranya ketenangan itu kutemui dengan cara ini? Selebihnya kuserahkan pada Dia Yang Maha Mengetahui dalam menentukan lakaran hidupku.. kerana kuyakini.. tiada lakaran seindah lakaran takdir yang telah ditentukan oleh-Nya.

Untuk Tarabas, aku tahu jiwamu parah dan derita, kehilangan dia adalah satu saat yang kau tidak akan lupakan sepanjang hayatmu. cinta kau dan dia sentiasa bersemadi di hati dia. hajatmu tidak kesampaianmu untuk terus mendampingi dia. hanya mimpi-mimpi indah yang sentiasa melakari hidup kalian. sesak nafas ku untuk terus menulis kenangan antara kalian. Tarabas, teruskan hidupmu dengan ketabahan dan semangat. walaupun keindahan hanyalah sebuah lakaran kenangan tapi itu adalah saat yang amat bahagia untuk arwah. Alfatihah....
say you love one more time,
give me a change to watch you walk the line,
let me watch you as you fall,
like i did when i gave my all,
i just want to see you feel my pain,
i just want to see u what u would do....
p/s ayat ini aku sempat curi dalam diari arwah bila aku melawat dia. diari adalah peneman setia dan silent Friend untuk dia. maaf kan aku kerana menyalin barisan ayat ini yang kau tuliskan untuk Tarabas.
suara hati : al-fatihah untukmu Yayang......moga dirimu sentiasa dalam barisan para solehah. aku, tarabas dan kawanmu yang sentiasa bersamamu akan merindui telatah manjamu.

7 comments:

  1. ijaaaaaaaaaaaa.....betul ke rin dah takda??????????????

    ReplyDelete
  2. ya allah, kenapa boleh jadi macam ni ija.bile???? meninggal kat mana??? who tarabas??? bf rin???

    ReplyDelete
  3. al-fatihah,kesian kat arwah.touching entry ni.

    ReplyDelete
  4. rin pergi 6/8/09 jam 8malam,malam jumaat, bulan syaaban. bulan yang mulia.moga arwah ditempatkan dibarisan solehah. sama2 sedekahkan al-fatihah untuk arwah.
    Lick - tarabas cinta hari rin yang korang semua tak tahu.

    ReplyDelete
  5. i jumpa arwah kat sabah,dia offshore kat sana,itu last we all jumpa.banyak kali i call tp tk pernah jawab,mybe bz,dah lama arwah sakit??sakit apa??arwah ada bf??

    ReplyDelete
  6. Setiap saat tanpa Rin bagaikan rohku dicarik2 tanpa henti. Sesaat umpama 1000 tahun. Dunia keliling umpama kosong. Setiap nafas umpama seribu jarum menyucuk kalbu. Menanti hari untuk ku bertemumu, Ririn, kekasih hati, meskipun pertemuan pertama kita di tanah perkuburan. Sujudku akur pada ujian hebatmu Ya Ilahi...

    ReplyDelete
  7. tarabas,wlupn kaklin tak kenal tarabas tapi kaklin memahami sengsaranya jiwa adik untuk menghadapinya. arwah seorang gadis yang baik dan setia,tapi kebaikan arwah sentiasa dipijak2 orang. cinta adik dan arwah tak akan putus,akhirat bertemu jua,insyallah.kuatkan hati moga sentiasa diberi petunjuk oleh ilahi.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya