1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Monday, November 23, 2009

SERONOKNYA BERHARI MINGGU!!!!!!!!!!!!!!!

Hari minggu yang menyeronokkan buat aku. dah lama rasanya tak berkumpul dengan geng2 lama ( ibarat kata wan " adik beradik) he...he...ayat wan untuk fina. berbalik pada topik di atas yer. aku dapat jemputan dari kak len untuk berjimba raya di jinbara, kemensah. walaupun tahun ni aku tak dapat join group mekar tapi kak len tetap ingat kat aku, thanks kak len. sebenarnya pagi sabtu cuaca agak redup tapi itu tidak mematikan plan aku untuk ke sana. aku bertolak dari rumah aku, lebih kurang pukul 2.30 petang, dah selesai makan lunch sebab aku teingin sangat nak makan ikan singgang. hubby aku yang buat, best sangat, he..he...dalam perjalanan ke sana, hujan mulai turun rintik demi rintik. hubby aku dah cakap, kalau lebat sangat camne, aku tahu dia risaukan dengan keadaan aku yang tengah berbadan dua ni, tapi aku cakap, takdalah lebat sangat...kita kan ada payung..hu..hu...macam2 alasan yang aku berikan semata-mata untuk berkumpul dengan kawan2 lama.
sebaik sahaja aku masuk simpang zoo negara, menghala ke Jinbara, hujan mulai lebat sedikit tapi itu bukan penghalangnya...tetap ni nak pergi jugak...sebenarnya aku takut jugak, sebab jalan ke jinbara agak sempit dan bahaya, kerana bila tanah dah lembab macam2 boleh berlaku...he...he..imaginasi aku je...sepanjang perjalanan untuk sampai ke jinbara, kami melalui beberapa buah chalet, dan aku cakap kat hubby, " ala..air dah keruh,tak best la macam ni...aku cakap macamlah aku ni dapat mandi sungai...hubby aku tak izinkan, risau takut jadi apa2" ok jawab ku,tapi dalam hati tu teringin bebenor. destinasi yang dituju dah pun sampai, kelihatan abang nasri tengah melepak di warung jibara. bila dah parking hubby nak gi jumpa abang nasri lu, nak salam..ok..aku follow je....
aku nampak kelibat nina, bila aku panggil je nina, terus nina ni laung kat kak len, " kak leny....kakja dah datang" macam lah aku ni YB, ha....ha..tapi itulah gelagat mereka sebenarnya, penuh dengan keriuhan dan kelucuan. kak len dah book dua chalet, satu lelaki dan perempuan.. chalet tu memang best sangat sebab di kiri dan kanan air sungai mengalir agak deras waktu itu...wooo best gile...sejuk...tenang...sampai je aku kat tempat diorang, masing-masing sibuk dengan kerja masing2, ada yang tengah siang ikan, ada yang tengah potong daging, ada yang tengah panaskan air dan macam2 lagi lah, dan yang paling penting rime tengah duk perap ayam...hoooo...rajin2....kak len macam biasa lah, selaku tuan rumah hanya menyerahkan segala kerja pada budak2nya...ha...ha..yelah kan, dah penat membeli, kemas dari rumah...sampai kat situ, budak2 lah yang kena buat.padan muka korang, ha.ha...tahun ni aku hanya buat kerja2 yang ringan seperti memerap ikan, makan, bergossip...itu saje...alasan sebab tak larat....best gak perut ada isi ni. di dalam suasana yang riuh aku mencari dua manusia yang dah lama sangat aku tak sembang, bergurau senda, menyakat. rupanya mereka belum sampai, kata kak len..DIVA KAN....ha...ha....
sedang duk cerita pasal diorang, tak lama lepas tu muncul dua pelakon yang akan jadi bahan untuk kami. sampai je, aku terus usik wan....pecah gelak kami waktu itu...ya allah..aku betul2 rindukan saat2 ini.macam2 aktiviti yang kami buat,daridapa aktiviti makan, bergossip dan macam2 lagi. bila dah jumpa dengan wan, macam2 lah cerita yang kami bualkan, inilah masanya untuk berkongsi segala cerita, nak harapkan jumpa masing2 sibuk dengan urusan kerja. kami masih sama, yang bezanya adalah situasi dan jarak masa kami yang membezakan. sampai ke malam aku dan kak lenny bercerita, dari duk atas rumah sampailah ke halaman( tempat karok) sementara menunggu abang nasri and the geng set up untuk karok. aku balik awal, jam 9 lebih aku mohon diri kerana hubby aku dahlah pening dan kepenatan, kesian gak terpaksa melayan aku yang tak habis2 bergossip..ha..ha...sedih gak nak tinggalkan acara yang belum abis....acara kemuncak malam tu tapi apa nak buat, keadaan tak mengizinkan....
seronoknya, berkumpul sekali sekali, melempiaskan rindu, berkongsi cerita, bertukar2 pendapat..arg...masa begitu pantas meninggalkan kita wahai kawan, tapi kemesraan antara kita tetap utuh seperti dulu...insyallah kalau berkesempatan kita berjumpa di lain tahun....
suara hati : persahabatan adalah satu ikatan yang sangat mulia

2 comments:

  1. wah!! seronok tu, skali sekala berkumpul..u sihat?baby sihat?

    ReplyDelete
  2. bestnya g picnic,mak buyong pun masih larat ke ni?so dah berapa bulan,lma tak jumpa ija,blog ija baru update kan...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya