1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Tuesday, December 29, 2009

SELAMAT TINGGAL 2009

Tinggal beberapa hari sahaja lagi, 2009 akan melabuhkan tirainya, serasa baru semalam ia hadir menemani kehidupanku, segalanya berlalu begitu pantas. jauh ia berlari meninggalkan aku. 2009, banyak peristiwa manis dan pahit yang tercatat dalam diari hidupku, arghh..ia bagaikan guru yang menemani setiap langkah yang aku susun.2009 membawa aku kepada satu fasa kehidupan yang berbeza. mengharungi detik 13 mac 2009 adalah saat mendebarkan aku, segalanya terungkai apabila lafaz di bibir seorang lelaki yang sah menjadi suami aku. dia akan menakluki kehidupan aku. dia juga akan membuatkan fasa kehidupan aku berubah. detik itu juga melepaskan tanggungjawab tanggungjawab ibu dan ayah kepada bahu seorang lelaki yang akan menjadi tunjang kehidupan aku. pelbagai rasa yang melonjak di hati aku waktu itu, mampukah aku menjadi seorang isteri? memikul tanggungjawab yang sangat besar. segalanya bertalu-talu di benak fikiran aku. dengan lafaz bismilahhirahmanirahim....aku kucup tangan nya, tanda aku sanggup mengharungi segalanya, ku kucup tangan ibu dan ayah mohon restu, moga kehidupanku sentiasa bahagia. bermula detik itu, maka terpikul satu amanah yang dijanjikan.
1 ogos 2009, detik yang semua pasangan akan nantikan, aku disahkan mengandung..ya allah, ini rezeki yang amat besar buat kami. detik indah dalam kehidupanku. suami..ini hadiah yang tidak ternilai untukmu. aku bakal menjadi seorang ibu....air hangat mengalir deras dipipiku..aku sujud syukur padamu YA Allah.
Dalam kegembiraan pasti tercalit juga kepahitan dalam mengisi ruang kehidupan. ya allah..dugaan ini sangat hebat, tak tertanggung rasanya untuk melepaskan satu ikatan yang sudah dimetrai. denyutan nyawa lain dalam perutku menjadikan malam ku sepi, suram tanpa ditemani dia. tiap kali nyawa ini menendang perutku, saat itu aku pasti menangis, meraung kesedihan..ya allah..apakah dosaku hingga sebegini besar ujianmu, aku redha ya allah..andai ini terselit hikmat yang sangat indah.
Saban hari yang aku lalui dengan penuh ketabahan walaupun pada batinnya aku sangat terseksa. ingin aku lari dari detik pahit ini tapi kemana? kemelut ini semakin menjadikan hati aku pedih, aku perlu capai satu keputusan untuk menyelesaikan saat-saat rumit ini. ya allah..pemudahkan segala urusan aku.
Satu SMS berjaya menamatkan segala kekusutan yang berlaku, menerima dia kembali dalam kehidupan aku. Ya allah..sebenarnya aku terlalu menyanyangi ikatan ini..pepatah ada mengatakan, tuhan menurunkan segala ujian pada hambanya kerana TUHAN tahu hambanya mampu memikul beban yang diturunkan. aku bertafakur sebentar, merenung ke atas, menadah tangan, memohon keampunan, agar di perkukuhkan ikatan ini demi satu nyawa yang bakal melihat bumi dan juga amanah dari yang ESA. YA ALLAH....2009, segalanya akan ku jadikan guru dan juga sejarah dalam melakar sebuah kehidupan yang sudah tertulis.
selamat tinggal kenangan manis, selamat tinggal kenangan pahit, selamat tinggal 2009......SELAMAT DATANG 2010......

1 comment:

  1. dik,kak lin harap kelahiran baby akan menyerikan kehidupan adik dan suami. ini asam garam kehidupan dalam rumahtangga dik. ketabahan adik akan sentiasa di berikan hikmat olehnya. kak lin doakan dik

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya