1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Tuesday, August 31, 2010

KELAHIRAN BUAH CINTA -27032010-


Salam, sudah agak lama rasanya tidak update blog,kengkangan masa yang agak terbatas menjadikan au terbantut untuk menulis. aku ingin berkongsi saat-saat aku bergelut nyawa untuk melahirkan puteri sulungku.pada malam 26 mac 2010 aku ke tesco,beli barang dapur dengan hubby,punyala ligat aku berjalan walalupun time tu aku demam,tekak sakit,suara tak keluar tapi kugagahi jua sebab 30mac 2010 aku dah kena masuk wad.doktor mintak aku masuk awal kerana aku ada dieabetc pregnacy,risau jika effect baby kalau aku lewat. lepas habis beli barang dapur, balik rumah, mata memang mengantuk sangat. lepas siap mandi,aku ambil bantal bawak ke hall,panas tido dalam bilik,walaupun dalam blik aku agak sejuk tapi suhu kepanasan aku memang tahap gaban,hehe..tido depan TV lagi syok..jam 4 pagi aku bangun nak ke toilet,minum air dan sambung tido balik, hubby pulak bangun nak ke toilet,sebaik sahaja hubby lelapkan mata untuk kedua kali, tetiba aku bunyi sesuatu yg agak kuat dan aku dapat rasakan sesuatu, argghhhh..tidakkkkkkkkkkkk...air ketuban dah pecah,alu kejutkan hubby,kelam kabut dia,aku cuba untuk tidak panik. time tu aku tak rasa sakit tapi aku takut dengan air yg non stop keluar.



nasib baik beg baby dan beg aku, aku dah kemas awal2 dah,hubby aku memang lucu sangat time tu, aku nak gelak tapi macam2 belegar kat kepala aku time tu. hubby aku dah jadi tak tentu arah dah,hehehe,semua trafic light dia langgar. sampai je kat HUKM,aku terus masuk ke bilik yg dikhaskan. untuk menunggu doctor untuk check keadaan aku. doctor kata bukaan baru 2cm,"puan,kalau dalam 12 jam bukaan puan tak bukak,kita akan operate,sebab risau baby akan lemas" dengar je caesar,jantung aku makin laju.time tu,aku tak rasa apa2 pun lagi cuma air ketuban yg semakin banyak keluar. selepas siap prosedur,aku ditempatkan di wad 1. aku dah siap tukar baju hospital,hubby aku bali rumah skejap,ambil barang2 keperluan lain,nasib baik time tu belum2 rasa sakit lagi,lepas siap breakfast,hubby sampai,hubby cakap family aku ontheway dari terengganu..tepat je jam 10 pagi,sakit dah datang, ohhh,tuhan saje yg tahu,doctor datang untuk check bukaan," puan,masih 2cm,sabar ye puan" hubby kata, "doctor,operate je la", hubby tak sanggup melihat kesakitan yang aku tanggung. doctot tak leh nak buat keputusan, tunggu bukaan aku boleh bukak berapa.




ya allah,setiap 10minit kesakitan itu datang,aku dapat rasakan baby menendang2 perut aku,gelisah dia untuk keluar melihat dunia.aku pegang tangan hubby untuk hilangkan kesakitan,aku zikir,doa untuk hilangkan sedikit rasa ini tapi tak termampu untuk aku luahkan dengan kata2. "sakit doctorrrrrrrrrrrrrrrrr" " puan, 4cm!!siapkan labour room!puan sabar yer, sy faham kesakitan puan" oh doctor,aku tahu kau terlalu memahami kerana kau juga seorang perempuan dan ibu,tpi kesakitan ini,hanya tuhan saje yg tahu. aku dibawa ke labour room..masuk je bilik bersalin,jantung aku makin kencang,takutttttttttttttt...ya allah..semua zikir aku baca,smua ayat dah jadi lintang pukang,baby makin kuat menendang. kiri dan kanan tangan aku penuh dengan wayar,agak susah untuk aku brgerak..tepa jam 12.30.."puan,bukaan dah 6cm,lambat lagi puan"aduiiiiiiiiii,tangan aku tak lepas dari tangan hubby.sakitnya!!!!!!!!!!! hubby bacakan aku yassin untuk hilangkan rasa takut....hubby kata mak dah sampai,diorang semua kat luar..lambatnya keluar,aku dah tak tahan menanggung kesakitan ini.nafas aku bagaikan tersekat2..mati?ad juga aku terfikir,aku cuba berfikir positif untuk tenangkan hati aku. 4.30 petang," puan,dah bukak 8cm!" dah nak kuar!!!!! aku ckp kat doctor!...tak sampai 10cm,aku dah cuba untuk meneran sb aku rasa,baby aku dah nak kuat sangat2.



semua dah ready kat sisiaku,nurse,doctor,hubby..aku push!!push!!tapi sakitnya ya allah,dalam hati aku macam2 aku fikir, kali ke 6 aku teran,kepala baby aku masuk balik sebab aku salah tarik nafas,saat tu aku dah putus asa,aku cakap kt hubby, aku dah tak berdaya,aku tak larat. doctor mintak hubby beri aku semangat! hubby bisikan kt telinga aku, dengan penuh kekuatan dan satu nafas yang panjang,aku teran dan aku dapat rsakan sesuatu telah keluar..owhhhh....anak!!!! Ya allah,aku sujud syukur pada mu ya allah.besarnya kuasamu,sorang anak kcil telah lahir dengan selamat dan sempurna. sebaik sahaja aku dengan tangisan,hati aku sebak..terharu,bangga. bangga kerana tanpa epidural aku bersalin. bertarung nyawa untuk satu kelahiran yg sangat bermakna..hubby iqamat kan puteriku,aku nampak darah masih ada di bdan puteriku. nurse bawak bby untuk bersihkan.


mak datang pada aku, ingin aku sujud padamu ibu, baru kutahu, betapa getirkan kau melahirkan kami semua. baru kutahu, pengorbanan ibu tiada harganya. alhamdulilah....segalanya dalam keadaan baik dan sempurna...TENGKU NUR IFFAH ZAIRA@ZARA...kau lah buah cinta mummy dan walid. selamat datang sayang....


No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya