1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Wednesday, September 21, 2011

LARA SEBUAH KEHIDUPAN

Ingin aku kongsi satu kisah benar yang bagi aku sangat tragis untuk aku sebagai perempuan. kisah lara dua orang perempuan. aku sudah minta izin dengan teman perempuan aku untuk menulis tentangnya,alhamdulilah,dia izinkan. perempuan satu lagi aku tidak mengenalinya,hanya ceritanya saja yang aku tahu.andainya dia terbaca,ini hanya satu luahan atau coretan yang boleh aku kongsi sebagai pengalaman kehidupan. tanpa pengalaman tiada indahnya hidup ini.


kisah ini berlaku 3 hari sebelum umat islam menyambut aidilfitri. waktu itu aku masih di kuala lumpur,aku terima panggilan telefon dari teman aku di kerteh terengganu. khabarnya kurang kerana masalah rumahtangga yang semakin dihujung tanduk. sedih bercampur baur dengan ketidakpuasan hati dengan tindakan dia. memang pada aku suaminya curang,tapi cara teman ku itu tidak bijak. puncanya adalah temanku sentiasa perhati suaminya sangat sibuk dengan BBM (black berry mesengger). hati seorang isteri sangat kuat apabila sang suami hidden sesuatu darinya. pada satu malam, teman aku dapat ceroboh BB suaminya, segala mesej dia baca, runtun jiwanya, suami tercinta sedang mengadu kasih dengan insan lain. dia salin nombor pin BBM gadis itu. pada malam itu juga, diaa cuba add gadis, dan nasib dia sangt baik, gadis itu bagi respon yang baik. mukadimah yang bagus untuk menarik perhatian gadis sebelum cerita sebenar yang dia ungkaikan.


segalanya terjawab sudah..pertanyaan demi pertanyaan dia minta dari sang suami, tapi dengan satu lafaz, sang suami lepaskan dia hanya kerana gadis yang hadir dalam hidup dia sekarang. sabarlah wahai teman, dari jauh hanya doa yang mampu kupanjatkan untukmu. biarlah dia pergi bersama cintanya, andai itu yang lebih baik untuk kamu, teman. she..biarlah cinta kamu pergi, jangan simpan dendam padanya. seburuk mana pun perangai dia, dia pernah jadi imam kau she. bukan senang untuk kau redha apa yang berlaku tetapi mintalah pada allah,hanya dia yang boleh mengubat laramu teman.


untuk gadis yang aku tidak kenal, mungkin kamu juga lara sebab pada awalnya kamu tidak tahu status kekasih hatimu. bagi aku, dia juga menipu kamu. aku tidak boleh menghukum kamu sebab aku tidak tau cerita dari pihakmu.

suara hati : kejujuran itu sangat penting dalam perhubungan

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya