1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Wednesday, November 16, 2011

BADAI SEMALAM- Khadijah Hashim

15 nov 2011,3.30pm aku berkesempatan untuk menonton persembahan teater Badai Semalam di Istana Budaya, dengan di barisi artis2 popular iaitu AORAN AZIZ, ERRA FAZIRA, DATIN PADUKA UMIE AIDA, ZEILA JALIL, FIZ FAIRUZ dan dibawah arahan bekas pelajar ASWARA iaitu Khairunazawan Rodzy, nama yang tidak asing lagi dalam bidang teater. aku memang ingin menonton Badai semalam adalah kerana pengarahnya, aku mahu lihat hasilnya di pentas yang besar. sebelum aku kupaskan mengikut interpretasi aku, aku bawa dulu sinopsis novel Badai Semalam...


Mazni anak seorang pembantu rumah membesar di bawah naungan ibunya yang tua dan uzur menumpang berteduh di sebuah banglo milik Encik Haris dan Puan Rohana. Mazni membesar di dalam rumah tersebut dengan penuh kesederhanaan kerana menyedari diri dan ibunya hanya menumpang berteduh di situ.

Walaupun majikan ibunya amat berbesar hati membenarkan mereka tinggal disitu, tetapi pandangan jiran tetangga amat buruk dan negatif terhadap mereka. Jiran-jiran di situ berasa irihati dan cemburu dengan kecantikan dan kebijaksanaan Mazni apatah lagi bila Karim, anak Encik Haris dan Puan Rohana mula jatuh hati kepada gadis tersebut.Mula-mula Mazni hanya menganggap karim sebagai abangnya.

Dari perassan kasih jatuh kepada cinta. Karim berjaya menambat hati Mazni untuk bercinta dengannya. Walaupun Mazni tahu latarbelakang Karim yang suka berfoya-foya dan tidak ada komitmen dalam menjalinkan hubungan, telah mula berubah laku selepas di timpa musibah kemalangan yang berjaya menginsafkan dirinya. Layanan mesra oleh Mazni membuatkan Karim beria ingin memperisterikan Mazni. Walau banyak tentangan dan fitnah yang dilemparkan, tetapi Karim nekad memperisterikan Mazni. Puan Rohana, ibu Karim tidak bersetuju jika anaknya itu ingin menyunting Mazni, anak bekas orang gaji mereka. Malu nanti bila orang luar mula memperkatakan maruah keluarga nanti.

Mazni sedar akan dirinya itu yang tidak mempunyai apa-apa. Dia nekad untuk berkahwin dengan Karim lantaran kasihnya mula bersemi pada lelaki itu. Walaupun Mazni diminati oleh Zaki, tetapi hatinya terlebih dahulu diserahkan kepada Karim. Ibu Mazni begitu kecewa lagi apabila mendengar tomahan fitnah dari orang tetang Mazni yang berkelakuan tidak senonoh itu. Di saat Mazni memerlukan sokongan, ibunya meninggal dunia. Tingallah Mazni berdua dengan Karim sebagai suami isteri.

Dalam pada masa yang sama Mazni menyambung pelajaran di sebelah malam. Hari berganti hari, terlalu banyak dugaan yang mendatang. Mazni terpaksa membahagikan masa dengan pelajarannya. Sedikit sebanyak, Mazni terpaksa mengenepikan kehendak Karim. Mazni yang berasa kecewa dengan sikap Karim yang mula berubah laku selepas mendirikan rumahtangga. Karim kembali dengan perangai lamanya yang suka berfoya-foya kerana merasakan Mazni telah mengabaikannya dan sibuk dengan buku-bukunya. Apakah kesudahan hidup Mazni? Berjayakah Mazni mencapai cita-citanya? Zaki yang tidak pernah jemu-jemu menagih kasih pada Mazni masih belum berputus harap. Siapakah yang setia di sisinya?.

setting pentas sebelum persembahan bermula, menarik minat aku untuk menyelami badai semalam di tangan anak muda ini. suasana panggung sari memberi mood yang sangat baik untuk aku mengetahui sejauh manakah pengorbanan Mazni dalam garapan khairunazwan. cerita bermula dengan monolog dari mazni, di bantu dengan korus dengan membawa sekaki payung dan deraian air hujan yang mencurah, memberi satu perlambangan yang penuh dengan makna yang tersirat. pada awal aku masih dapat menerima tetapi selepas 15 minit pertama, pandangan aku terganggu dengan penukaran set sewaktu masih ada aksi lakon yang sedang berlaku. pada pandangan aku, penukaran set itu tidak berlaku secara smooth. dari segi teknikal perlu diberi perhatian yang lebih.


Rasa dan rencah dalam pembinaan watak Mazni kurang memberi rasa kepada aku, dari segi luaran aku dapat lihat Mazni merana, cuba menjadi yang terbaik untuk suaminya tetapi pada dalamanya, aku tidak dapat merasa derita Mazni dan kepayahan Mazni dalam mencapai cita dan cintanya. tetapi ada satu babak yang menyentuh aku, saat zaki dan mazni berpisah kerana mazni memilih karim untuk menjadi teman hidupnya, saat itu sedikit hatiku tersentuh dengan kata-kata zaki yang telah banyak berkorban untuk mazni, di situ terdapat rasa dan mood pada babak itu. dari segi plot cerita, bagi aku, pengarah tidak memberi sepenuhnya interpretasi dr novel ke pentas, perlu banyak perbaiki dari segi pemindahan kata2 dalam novel ke pentas teater, bukan satu perkara yang mudah bagiku, tetapi bagaimana pemahaman kita dalam mencipta daya kreativiti. terlalu banyak idea yang hendak di letakkan di pentas dan ini menyebabkan pengarah hilang sedikit fokus dalam memberi aksi atau metafora yang dramatik.


walaubagaimana pun, secara keseluruhan, saya mengucapkan Tahniah kepada produksi Badai Semalam. terdapat moment2 yang menarik yang cuba pengarah garapkan untuk memberi impak kepada penonton supaya menyelami apa itu CITA,CINTA dan PENGORBANAN.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya