1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Friday, December 16, 2011

Disember ZARA 2011





zara & eira





11 dis 2011,aku dan suami luangkan masa seharian bersama si kecil kami. seronok melijat telatah zara, seperti burung terbang bebas bila keluar,zara oh zara, gelagatnya mencuit hati mummy. sebelum tengah hari aku sudah sampai ke muzium negara untuk melihat mini showcase upin dan ipin. kegemaran zara dan kawan baiknya eira. tapi zara ni ada perangai pelik. kalau dalam kaca tv, bukan main dia layan upin ipin tapi dah live kat depan mata, ditariknya tangan kami,takut. ya zara memang tidak gemarkan patung, teddy bear jenis apa pun, zara pasti mengelak kalau diberikan. puas kami pujuk dia untuk bergambar dengan patung upin ipin dalam muzium upin ipin.


kawan baik zara, eira, relax saje..huhuhu..

kami beredar dari muzium dan terus ke tugu negara,hahaha,padahal tugu tu belakang je dengan tempat kerja aku,tapi tidak pernah singgah. bawak zara jalan2..biar die melihat dan merasa apa yang ada disekelilingnya, suke tengok dia menarik nafas dan berlari2 mengejar belon..oh zara,cinta hati mummy dan walid.happy holiday sayang

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya