1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Tuesday, May 8, 2012

Catatan perjalanan mac

sudah lama rasa aku tak menulis tentang perjalanan harian,tentang peristiwa yang berlaku. kesibukan sangat menghambat masa untuk aku menulis catatan peribadi diblog kesayangan. bulan mac adalah bulan yang banyak kenangan,8 mac 2008 aku bertunang dengan Tengku Hamzah,13 mac 2009 aku sah menjadi isteri, 22 mac hari kelahiran aku..dan tanggal 27 mac 2010 aku selamat melahirkan seorang puteri yang kini menjadi penghibur kami berdua. seribu kesyukuran aku panjatkan padamu ya Allah.

selain catitan peribadi, aku juga ada catitan kesibukkan aku yang sangat membuatkan aku hampir migrain saban hari. tahun ini sekali lagi aku diberi tanggungjawab untuk melaksanakan satu produksi untuk pelajar tahun satu diploma teater. memikul tanggungjawab menguruskan produksi amat menyenangkan aku,kerana time ni lah aku nak berkarya,tetapi dalam masa yang sama, kerja add hock yang datang bertimpa timpa buatkan jantung aku berdegup kencang, sbye perlu diselesaikan mengikut dateline. alhamdulilah,aku selesaikan satu persatu, sb aku tak suka nak tangguhkan keejaaaaaaaa.

memilih naskah RUMAH KEDAI DIJALAN SELADANG untuk kelas produksi Teater MOden sangat sangat memberi aku cabaran. memilih naskah di zaman pemerintahan jepun untuk pelajar pelajar yang sangat muda dan tidak pernah melalui zaman kepayahan, begitu juga dengan aku yang lahir selepas negara sudah merdeka sangat sangat menjadikaan kami pengkaji sejarah tanah melayu. aku tidak meletakan setinggi gunung pada mereka kerana, skema pembelajaran pada peringkat diploma ada penanda aras yang sudah ditetapkan, tetapi sebagai pensyarah aku ada persepsi yang tersendiri untuk mereka. walaupun pelajar pelajar aku sangat muda dan masing masing kurang pengalaman, namun komitmen yang mereka tunjukkan sangat membanggakan. kadangkala mereka ada perangai yang membuatkan darah aku sedikit tinggi,huhuhuhu. 

apa yang aku nak kongsikan kat sini ialah, pengalaman dan pembelajaran dalam meneroka naskah ini. terlalu banyak aku belajar dari mereka sebenarnya. kepenatan mereka menyiapkan set, menyediakan kelengkapn produksi menjadikan hari hari mereka pdat dengan komitmen sebagai seorang pelajar. kadang kadang untuk melepaskan kepenatan itulah mereka cuba mencari atau mencipta lawak jenaka agar hilang sedikit tekanan dan penat. tapi aku selaku pembimbing tidak boleh akur dengan kehendak mereka, kerana cabaran bekerja dalam industri lagi menuntut komitmen dan displin. itu yang sebenarnya aku nak terapkan.

harapan aku hanyalah ingin melihat kejayaan pelajar pelajar dalam menguruskan sebuah produksi. terlalu banyak yang aku belajar dari kalian. moga kerjasama, komitmen, displin, dan kesatuan ini akan terus berkekalan hingga anda berada ditahap akhir dan seterusnya apabila anda memulakan langkah pertama dalam industri. 

jaa rased
Ampang

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya