1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Monday, November 26, 2012

HUJUNG MINGGU YANG SIBUK!!!!


Hujung minggu yag sibuk buatkan migraine aku kembali menyerang, apa lgi makan la ubat yang sentiasa jadi peneman di kala kepala ini di serang migraine. Hujung minggu ni jadual aku tertumpu pada show Stefani dan masakini theatre. Walaupun shownye malam tapi tetap juga kena gi seawall petang..hihi, petang tu awal ker??? Awal la untuk hari minggu.

Seawall pagi aku bangun, siapkan sarapan untuk yaya dan walid. Pisang rebus!! Hihi, sb tengah hari nanti nak makan yang heavy plak kan, so pagi pagi ni cukup sekadar alas perut kan. Siap sarapan, aku ajak mr.hubby ke gold storage, beli barang dapur. Selalu aku gi tesco je tapi seb aku nak cari bahan untuk wat tiramisu, better aku terus je ke gold storage, tesco jarang ada bahan bahan yang aku nak, eiii, demand ko ek!!!hhahaha. nasib badan la!

Aku suka dan love gold storage sebab apa yang aku nak dan sudah disenaraikan semuanya lengkap. Terima kasih gold storage! Selalunya lepas shoping barang dapur, aku bawak yaya ke kids sport, tapi hari ni mummy tak sempatla sayang, nak masak asam pedas ikan lagi, nak buat pudding choc lagi, petang nanti mummy nak gi keje lagi. Lain kali ye yaya. Sorry sayang!  Dah jom balik, nak masak ni.

Siapkan bahan bahan cepat jaa..mr,hubby dah kebulur dah tu.hihi, sabar sayang. I ni kan budak baru belajar. Kepala ikan jenahak siap dicuci,bahan-bahan semua dah ready!!..aku makin ecxited untuk bereksperimen dalam masakan!menu hari ni asam pedas kepala ikan jenahak+ikan gelama goreng dan desert pudding roti chocolate. Minat untuk memasak semakin menebal Sb hari hari aku akan mengdap asia food channel dan kalau ada waktu lapang aku akan visit blog masakan. Jeng..jeng…Finally, semua menu dah sedia terhidang. Satu kepuasan untuk aku bila mr.hubby makan dengan penuh kasih sayang sb aku masak pun dengan penuh kasih sayang. I lap u darling. Alhamdulilah..kenyang semua.

Lepas siap masak dan bersihkan dapurkan, time untuk lipat apa yang patut dilipat la. Nasib si yaya tidor kalau tak, sama sibuk dia kerjakan baju dalam bakul, ni yaya nye,ni mummy nye,( pelat la dia ni,hihihi)tido la sayang, mummy nak settlekan semua dalam bakul ni hari ni.

Siap segala urusan kemas mengemas,nak  terbarng jap barang seminit dua sebelum bersiap ke tempat keje. Baru nak lelap, yaya da bangun, mummy, yaya lapar, oh sayang, jap mummy masak, sb yaya tak leh makan asam pedas. Aku amek sosej dalam peti ais, then goring seyja dengan butter, dah siap yaya. Habis dua batang soseh,laju betul anak mummy makan, lapar betul tu, mau tak lapar, dari jam 11 pg tido, jam 5 ptg baru bangun. Semua dah beres, jom bersiap nak gi office plak. Bye hujung minggu yang sibuk, non stop dari bangun tido sampai la ni. Sebab tu aku memang tabik spring dengan housewives. Mereka ni actually bekerja dari awal pagi sampaila ke malam hari, boleh dikatakan 24 jam la, tapi aku yang hari minggu je dengan anak dan suami pun rasa cam, aahh..tak terkata, so hubby2 kat luar sana, hargailah setiap jam masa anda dengan isteri. Masa aku dan yaya kalau hari bekerja hanya 4 jam je, yang selbihnya dia tido dank at umah baby siter. So hari minggu aku perlu manfaatkan betul betul masa aku untuk dia. Ok peeps..nak keluar berkhidmat untuk Negara jap..hihihi..bye..assalamualaikum.

 lasagna..hasil ku sendiri dengan bantuan resepi dari blog http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com. tq u so much.mr.hubby suka sangat. puas hati aku..nah amekkkkkk..hilang diet!!!!
 dah tinggal separuh, aku bagi kat jiran sebelah aku ni..buat layan tengok bola..hihihi
 sebelum bakar, melimpah cheese dan sos putih..sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
first trial tiramisu..boleh tahan sedap....yummmyy..tq so much http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com.

 puding roti choc..dah lama gile aku teringin nak buat, akhirnye menjadi jugakk..wahhhhhh...best gile (puji je la diri sendiri)
yang ni memang terbaik, asam pedas kepala ikan jenahak...hihihi..mabelossssss...tq jugak http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com

2 comments:

  1. wooo..dalam bz tu, sepat lagi tu masak.banyak plak menu u. selamat belajar memamask..hahaha

    ReplyDelete
  2. sedapnye ija!!!! i pun bz weekend,hubby offshore,nak layan si kecik lagi,lama tak hang out kan

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya